Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

05 Mac, 2011

memanglah kau pandai sebab ada 2 otak!! -.-'

Suasana dewan peperiksaan masih sunyi.. Punyalah susah soalan sampai semua orang tak tertulis jawapannye!! Kadang-kadang ade gak terdengar suara orang-orang yang sedang berfikir, mendengus kuat.. "Fuhhhh!!!!" sambil muka berkerut-kerut. Macam patric star memerah otak untuk menulis pantun. -.-' ada jugak yang sibuk tak abes-abes betulkan lengan baju..mencari 'petunjuk' yang sesuai..mata masing-masing jaga line..

tiba-tiba, pengawas peperiksaan berdiri dan bagi ayat maut punya..
"Masa ada lagi setengah jam ye.."
"HAAAAA????!!!"
Terdengar jawapan semua pelajar terkejut. dah setengah jam rupanya. kejapnya masa berlalu!!! aku rasa aku baru je baca soalan numbor satu!!! ape lagi, kelam kabut semua orang menulis jawapan. Masa untuk menembak secara rambang. yang tak yakin dengan jawapan pun terus je tulis hentam keromo. yang langsung tak reti jawab, menulis jwapan jugak.tapi dalam bahasa yang mereka sendiri faham. "abc defghi jklm nopqrst uv wxyz." hm macam tulah lebih kurang. adalah jugak yang jawab dengan mencipta formula sendiri untuk soalan calculation.  asalkan jawab!! jangan biarkan kosong!! kena ada maruah diri walaupun tak reti jawab. jangan jadi pengecut takut nak tembak, kalau takut nk tembak, kesudahannya 'result paper' tu nanti yang akan 'tembak' kita.. mati yob!!! T.T

*********
cukup 3 jam. semua soalan sedang dikutip.. 
bak kata orang, agi iduo agi ngelaban!! alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!! takkan melayu hilang di dunia!!! 
masa pengawas sedang sibuk mengutip kertas jawapan, pelajar-pelajar yang berada di barisan belakang mulakan 'perbualan',
"pssstttt...wei, ko jawab soalan 2(b) ni cmne? apekebenda yang formulanye?? bagi aku formula dia wei, dapat gak 1 markah kesian nnt.."

"hoi! hoi! jangan borak oiii!!!"

senyap sekejap. tapi, di satu sudut, ada pulak kertas yang bergerak perlahan-lahan..sampailah ke tepi hujung meja. selesai,  berdehem. jiran sebelah pasang mata sesepet mungkin supaya tidak dikesan 'mengendap' jiran sebelah. tangannya pulak laju menulis tanpa mata melihat pada kertas. kalah reporter berita harian..

selesai semua kutipan kertas jawapan..
semua pelajar bangun dan berasak-asak keluar dari dewan maut itu.

******

disegenap ruang luar dewan, segelintir pelajar sedang borak..

"cis, semua lari dari tip yang dia bagi dowhhhh.."

"adoyai, aku ingat dah malam tadi, bleh plak aku blur tetibe derrr.."

"siyut..aku baca semua nota dia, cuma tu je yang aku skip baca sebab aku bajet soalan tu tak kuar. kuar plak"

"tu la pasal...."

"ooo macam tu ke jawapan dia, bukan macam yang aku jawab eh? aiseh..."

"akak, akak dapat jawab x soalan2 tadi..?saya tak dapat  jawab banyak soalan lah..3 soalan tak dapat jawab.."
"ala..akak pun xdapat jawab semua..jawab je mana yang mampu, mana yang ingat, mana yang akak lupa, akak tembak hentam keromo je..huhu"

"alaaaaaa.... akak bleh la nak jawab soalan2 susah macam mana pun..walaupun kitorang bawak toyol, tapi masih gak xdapat jawab soalan tadi..banyak application je td.. akak mesti dapat jawab kan, sebab soalan2 tu semua memerlukan otak untuk pikir.."

"ish..tak jugak..kenapa plak kamu cakap akak mesti dapat jawab punya?? mn tahu.?banyak jugak akak tak tahu jawab tadi..ada jugak yang biar kosong.."

budak senget tadi bersuara lagi..
"yela..dah tentu soalan semua application. kene pikir. mana bleh pikir dengan macam tu punya banyak dalam masa 3 jam?? dah la ada satu otak je!!! lainlah akak ada dua otak!!"

err?
dua otak?
semua terpinga2..

budak tadi pun menuding jari ke arah sesuatu:
semua orang pun pandang.. rupe2nya..


OOOhhhhhhh,...!!!

ok, ada 2 otak patutlah dapat jawab dan berfikir dengan cepat hanya dalam masa 3jam..
sengal punya budak..xmatang betul.. -.-'

***********************



0 ulasan:

Catat Ulasan