Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Mac, 2011

Cerpen : ZOMBA???? Bukanlah!! Zombiiii!!!!! Ce cite! ce cite!


Subuh tu, aku dan yang lain-lain berkumpul di hadapan padang sekolah.. sejuk..cemas..dan risau.. Makcik penjual air kat depan sekolah tu pun buka awal hari ini. Mungkin hari ni, dia bukak kedai bukan untuk menjual, tetapi untuk buatkan air kepada semua.. Setiap orang berdiri di satu barisan yang panjang disepanjang jalan raya di hadapan sekolah. yang muda dan tua, semua ada. Setiap orang diberikan senjata ikut kesesuaian dan ikut kehendak kita.boleh pilih. entah kenapa hati aku begitu risau. takut tersilap pilih senjata dan boleh mengakibatkan aku turut menjadi mangsa dalam 'kejadian ngeri' ini. sama ada pedang, parang panjang, parang pendek, kapak atau pisau daging. mana yang paling sesuai untuk aku? akhirnya aku bertekad memilih parang pendek yang ala-ala rambo.. tapi seketika ada jugak penyesalan. rasanya lebih baik kalau aku ambik parang panjang.. hm entahla..

Tiba-tiba datang seorang lelaki berlari-lari dari arah bandar.. dalam mengah dan tercungap-cungap, dia menjerit, "dah sampai kampung sebelah!!!!" semua jadi cemas. semua bersedia dengan senjata masing-masing. 

"ingat!!! mereka buta. jalan perlahan. tetapi bila mereka menyerang, mereka sangat kuat dan pantas!! Hanya satu cara untuk bunuh mereka. serang kepala mereka hingga mereka rebah!! faham???"

semua mengangguk laju sambil mata bulat terkejut dengan pengumuman lelaki tersebut.. masing-masing mula berdebar-debar.. inilah detik bermulanya perjuangan. 'kejadian ngeri' ini berlaku dalam waktu yang sangat singkat. hanya kampung aku yang masih terselamat untuk setakat ini yang kami tahu. kawasan terdekat lain semuanya telah terjangkit dengan pantas. Senggatan telah dibuat di antara kampung sebelah dengan kampung kami. Tetapi senggatan dan pagar itu tidak akan dapat bertahan lama jika mereka datang terlampau ramai. suasana masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga.. 

Di dalam bangunan sekolah, ada orang yang baru datang meminta bantuan dari kampung sebelah. mungkin mereka sekeluarga atau jiran tetangga. seorang lelaki telah luka dipercayai telah digigit, sedang nazak. manakala seorang gadis mengaku dia juga telah tercedera, 

"lengan saya terkena cakaran kuku mereka" . 

Aku sebagai salah satu orang yang bertugas datang memeriksa keadaan mereka. Dan aku mengarahkan orang bawahan ku 'menyelesaikan' mereka sebelum mereka berdua bertukar seperti 'mereka'. lelaki itu tiba-tiba mati. seketika kemudian dia terjaga semula. tetapi kali ini, matanya terjegil dan mata hitamnya bertukar menjadi kelabu. mulutnya ternganga luas seperti sedang kelaparan yang amat sangat. pisau daging yang sedang digengam oleh salah seorang orang bawahanku dihayunkan laju tepat ke arah kepala lelaki itu.
"dia dah bertukar menjadi seperti 'mereka'. maafkan kami kerana terpaksa bertindak sedemikian..Kiranya terjadi perkara yang sama kepada gadis ini, kami juga terpaksa melakukan perkara yang sama.."

****************

Semua orang menentang habis habisan. darah berlumuran di merata tempat. Ada yang 'tewas' dan ada juga yang masih bertahan. Bilangan mereka semakin bertambah.

"berundur!!!!!"

****************

Kami menemui pusat perlindungan yang baru. Di sebuah rumah yang berpagar batu tinggi. pintu pagar besi yang besar dan kuat. di belakang rumah ada kebun. Dan ada sebuah pokok yang sangat besar dan rendang di dalam kebun tersebut. Ada sebatang sungai yang berarus deras di antara rumah dan kebun tersebut. Rumah sementara itu masih selamat untuk setakat ini. Ya. Mereka pasti akan menemui tempat ini. cuma tak tahu bila. Pelbagai strategi perlindungan di rancang.

"kau rasa, mereka boleh lepas tak sungai tuh?"

"tak kot, pergerakan mereka perlahan. Hanya menjadi pantas apabila menyerang mangsa. Aku tak rasa mereka pandai berenang. ataupun mereka boleh jalan di dasar sungai dan melintasi ke seberang."

"Apa kata kita bina rumah di atas pokok? mereka tidak pandai memanjat bukan?"

"ya. Tapi, apabila kita bertukang nanti, bunyi ketukan dan tukangan itu akan menarik mereka untuk datang dan bertumpu ke sini. Bukan sikit, tetapi mereka semua akan datang dari segenap ruang. kerana kawasan lain sunyi. hanya tinggal kita saja."

" jadi kita harus lakukan kerja dengan segera"

"apa kata sebagai langkah berjaga-jaga, kita perbesarkan sungai juga, dan buat aliran baru sungai itu di keliling pokok besar itu. Dan pastikan juga setiap binatang ternakan dibawa masuk ke pulau buatan itu nanti. serta benih2 pokok dan bijirin di tanam disekeliling pokok tersebut sebagai menjamin makanan dan keperluan kita di kemudian hari sebelum kita berpindah ketempat lain yang lebih selamat." 

"tapi, agak2, untuk berapa lama kita kena berlindung di pulau buatan itu nanti?"

"bagaimana kalau air sungai kering???"

"kalau air sungai itu nak kering pun, mesti lama. kompem ZOMBA tuh seme dah reput. ZOMBA tu kan mayat. mesti reput. kan??? japgi ulat makan diorang lah tuh."

"Ape ZOMBA???? ZOMBI lah..!!"
 
"ha, ate nye, kalo gitu, jom kita korek lubang besar2, dalam2.. "

"nak buat ape???"

"buat kubur besar2 lah!!! kan diorang tuh semuanya mayat yang 'hidup'. diorang masuk lubang tuh, kita kambus.pastu ulat makan diorang."

"boleh ke??? bukan ke zomba2 tu cuma boleh mati betul2 kalau kita katok pala dia???"

"zomba2.. zombi lah!!!

"jadi sekarang nih, untuk langkah berjaga-jaga, kita buat rumah pokok dan gali sungai buatan yang lebar di sekeliling rumah pokok. andai kata kita masih tak selamat duduk di sini, kita kena gerak ke laut. kita kena buat rumah perahu dan buat rumah kat tengah laut. sana lebih selamat. mereka xkan dapat ke sana."

*******************************

bersambung...

 

0 ulasan:

Catat Ulasan