Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Mac, 2011

MAkhluK Comel Di Kangar!!!

Cuba teka, aku jumpa sape kat kangar???

(n_n)
Comey sangat-sangat!!!!




Awwww!!! Nyiawwww!!!! Comey giler awak nih!!!! nak tium2 peyot awakkk!!! 

hehehhehe

Oh, sangat obses okeh!!! (n_n)
Sapelah yang buang kucing nih memang tak appreciate betul!!! aKU SEKEH kang !! grr!!


P/s: Sape obses kucing jugak?? sile angkat tangan!!! (n_n)v


*********************************

Aku Cantik !! (n_n)

Aku malas nak kata lah kan, tapi aku sendiri pun terkejut jugak.. Aku ingatkan aku ni golongan nerd yang tak reti nak tonjolkan kecantikan.. hehe tapi sangkaan aku meleset bila aku jumpa cermin ajaib dalam bilik aku. 
Aku pun tanyalah dengan nervousnya,

"mirror, mirror... who is the prettiest in this worlldddd??"
Surprisingly, MY FACE APPEAR!!! 0.o

-_-'

Apsal? tak caye???
nih, tengok nih

|
|
|
|
V


 kan aku dah kata dah, muka aku yang keluar kat cermin tuh. kau tak caye..

huahahhahahahah.. sengal tak aku? ngee~ =p

saja menggembirakan diri ini.. hehe


*************************
 

10 Mac, 2011

Bergaduh dengan CinTa~

gurl: eeee... benci la dia nih.. 

boy: kenapa..? apa salah saya..? CITER CER.. Eh, cer cite.. cer cite.. hahaha (sambil gelak)

gurl: xmo cite!!! ape?? igt lawak ke???? aku BAKOR KANG!!

BOY: HUHUHU bakor lagi lawak dari cer citer ek..? 0.o

gurl: nyampah!!! suka bagi harapan palsu kat orang.. orang dah excited kot~ tetibe cancel..  benci..!!!!!

boy: bukan sengaja lah.. ujung bulan ni.. duit kene la keep save.. huhu
gurl: tahu xpe.. abeh tu len kali xyah la janji kalo nak save duit.. huhu T.T

boy: laa... jgnlah sedih.. ok2..jom kita gi.. duit boleh dicari..kan?? TAPI, HATI YANG SUCI, SUSAH TUK DICARI...

gurl: bwahahahhahahahahahaha XD tak jadi nak marah lagi der... cute sangat ler awak nih.. tihihi  ok2..xyah kuar lah ek.. len kali je.. =)

************************

Cerpen : ZOMBA???? Bukanlah!! Zombiiii!!!!! Ce cite! ce cite!


Subuh tu, aku dan yang lain-lain berkumpul di hadapan padang sekolah.. sejuk..cemas..dan risau.. Makcik penjual air kat depan sekolah tu pun buka awal hari ini. Mungkin hari ni, dia bukak kedai bukan untuk menjual, tetapi untuk buatkan air kepada semua.. Setiap orang berdiri di satu barisan yang panjang disepanjang jalan raya di hadapan sekolah. yang muda dan tua, semua ada. Setiap orang diberikan senjata ikut kesesuaian dan ikut kehendak kita.boleh pilih. entah kenapa hati aku begitu risau. takut tersilap pilih senjata dan boleh mengakibatkan aku turut menjadi mangsa dalam 'kejadian ngeri' ini. sama ada pedang, parang panjang, parang pendek, kapak atau pisau daging. mana yang paling sesuai untuk aku? akhirnya aku bertekad memilih parang pendek yang ala-ala rambo.. tapi seketika ada jugak penyesalan. rasanya lebih baik kalau aku ambik parang panjang.. hm entahla..

Tiba-tiba datang seorang lelaki berlari-lari dari arah bandar.. dalam mengah dan tercungap-cungap, dia menjerit, "dah sampai kampung sebelah!!!!" semua jadi cemas. semua bersedia dengan senjata masing-masing. 

"ingat!!! mereka buta. jalan perlahan. tetapi bila mereka menyerang, mereka sangat kuat dan pantas!! Hanya satu cara untuk bunuh mereka. serang kepala mereka hingga mereka rebah!! faham???"

semua mengangguk laju sambil mata bulat terkejut dengan pengumuman lelaki tersebut.. masing-masing mula berdebar-debar.. inilah detik bermulanya perjuangan. 'kejadian ngeri' ini berlaku dalam waktu yang sangat singkat. hanya kampung aku yang masih terselamat untuk setakat ini yang kami tahu. kawasan terdekat lain semuanya telah terjangkit dengan pantas. Senggatan telah dibuat di antara kampung sebelah dengan kampung kami. Tetapi senggatan dan pagar itu tidak akan dapat bertahan lama jika mereka datang terlampau ramai. suasana masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga.. 

Di dalam bangunan sekolah, ada orang yang baru datang meminta bantuan dari kampung sebelah. mungkin mereka sekeluarga atau jiran tetangga. seorang lelaki telah luka dipercayai telah digigit, sedang nazak. manakala seorang gadis mengaku dia juga telah tercedera, 

"lengan saya terkena cakaran kuku mereka" . 

Aku sebagai salah satu orang yang bertugas datang memeriksa keadaan mereka. Dan aku mengarahkan orang bawahan ku 'menyelesaikan' mereka sebelum mereka berdua bertukar seperti 'mereka'. lelaki itu tiba-tiba mati. seketika kemudian dia terjaga semula. tetapi kali ini, matanya terjegil dan mata hitamnya bertukar menjadi kelabu. mulutnya ternganga luas seperti sedang kelaparan yang amat sangat. pisau daging yang sedang digengam oleh salah seorang orang bawahanku dihayunkan laju tepat ke arah kepala lelaki itu.
"dia dah bertukar menjadi seperti 'mereka'. maafkan kami kerana terpaksa bertindak sedemikian..Kiranya terjadi perkara yang sama kepada gadis ini, kami juga terpaksa melakukan perkara yang sama.."

****************

Semua orang menentang habis habisan. darah berlumuran di merata tempat. Ada yang 'tewas' dan ada juga yang masih bertahan. Bilangan mereka semakin bertambah.

"berundur!!!!!"

****************

Kami menemui pusat perlindungan yang baru. Di sebuah rumah yang berpagar batu tinggi. pintu pagar besi yang besar dan kuat. di belakang rumah ada kebun. Dan ada sebuah pokok yang sangat besar dan rendang di dalam kebun tersebut. Ada sebatang sungai yang berarus deras di antara rumah dan kebun tersebut. Rumah sementara itu masih selamat untuk setakat ini. Ya. Mereka pasti akan menemui tempat ini. cuma tak tahu bila. Pelbagai strategi perlindungan di rancang.

"kau rasa, mereka boleh lepas tak sungai tuh?"

"tak kot, pergerakan mereka perlahan. Hanya menjadi pantas apabila menyerang mangsa. Aku tak rasa mereka pandai berenang. ataupun mereka boleh jalan di dasar sungai dan melintasi ke seberang."

"Apa kata kita bina rumah di atas pokok? mereka tidak pandai memanjat bukan?"

"ya. Tapi, apabila kita bertukang nanti, bunyi ketukan dan tukangan itu akan menarik mereka untuk datang dan bertumpu ke sini. Bukan sikit, tetapi mereka semua akan datang dari segenap ruang. kerana kawasan lain sunyi. hanya tinggal kita saja."

" jadi kita harus lakukan kerja dengan segera"

"apa kata sebagai langkah berjaga-jaga, kita perbesarkan sungai juga, dan buat aliran baru sungai itu di keliling pokok besar itu. Dan pastikan juga setiap binatang ternakan dibawa masuk ke pulau buatan itu nanti. serta benih2 pokok dan bijirin di tanam disekeliling pokok tersebut sebagai menjamin makanan dan keperluan kita di kemudian hari sebelum kita berpindah ketempat lain yang lebih selamat." 

"tapi, agak2, untuk berapa lama kita kena berlindung di pulau buatan itu nanti?"

"bagaimana kalau air sungai kering???"

"kalau air sungai itu nak kering pun, mesti lama. kompem ZOMBA tuh seme dah reput. ZOMBA tu kan mayat. mesti reput. kan??? japgi ulat makan diorang lah tuh."

"Ape ZOMBA???? ZOMBI lah..!!"
 
"ha, ate nye, kalo gitu, jom kita korek lubang besar2, dalam2.. "

"nak buat ape???"

"buat kubur besar2 lah!!! kan diorang tuh semuanya mayat yang 'hidup'. diorang masuk lubang tuh, kita kambus.pastu ulat makan diorang."

"boleh ke??? bukan ke zomba2 tu cuma boleh mati betul2 kalau kita katok pala dia???"

"zomba2.. zombi lah!!!

"jadi sekarang nih, untuk langkah berjaga-jaga, kita buat rumah pokok dan gali sungai buatan yang lebar di sekeliling rumah pokok. andai kata kita masih tak selamat duduk di sini, kita kena gerak ke laut. kita kena buat rumah perahu dan buat rumah kat tengah laut. sana lebih selamat. mereka xkan dapat ke sana."

*******************************

bersambung...

 

05 Mac, 2011

memanglah kau pandai sebab ada 2 otak!! -.-'

Suasana dewan peperiksaan masih sunyi.. Punyalah susah soalan sampai semua orang tak tertulis jawapannye!! Kadang-kadang ade gak terdengar suara orang-orang yang sedang berfikir, mendengus kuat.. "Fuhhhh!!!!" sambil muka berkerut-kerut. Macam patric star memerah otak untuk menulis pantun. -.-' ada jugak yang sibuk tak abes-abes betulkan lengan baju..mencari 'petunjuk' yang sesuai..mata masing-masing jaga line..

tiba-tiba, pengawas peperiksaan berdiri dan bagi ayat maut punya..
"Masa ada lagi setengah jam ye.."
"HAAAAA????!!!"
Terdengar jawapan semua pelajar terkejut. dah setengah jam rupanya. kejapnya masa berlalu!!! aku rasa aku baru je baca soalan numbor satu!!! ape lagi, kelam kabut semua orang menulis jawapan. Masa untuk menembak secara rambang. yang tak yakin dengan jawapan pun terus je tulis hentam keromo. yang langsung tak reti jawab, menulis jwapan jugak.tapi dalam bahasa yang mereka sendiri faham. "abc defghi jklm nopqrst uv wxyz." hm macam tulah lebih kurang. adalah jugak yang jawab dengan mencipta formula sendiri untuk soalan calculation.  asalkan jawab!! jangan biarkan kosong!! kena ada maruah diri walaupun tak reti jawab. jangan jadi pengecut takut nak tembak, kalau takut nk tembak, kesudahannya 'result paper' tu nanti yang akan 'tembak' kita.. mati yob!!! T.T

*********
cukup 3 jam. semua soalan sedang dikutip.. 
bak kata orang, agi iduo agi ngelaban!! alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!! takkan melayu hilang di dunia!!! 
masa pengawas sedang sibuk mengutip kertas jawapan, pelajar-pelajar yang berada di barisan belakang mulakan 'perbualan',
"pssstttt...wei, ko jawab soalan 2(b) ni cmne? apekebenda yang formulanye?? bagi aku formula dia wei, dapat gak 1 markah kesian nnt.."

"hoi! hoi! jangan borak oiii!!!"

senyap sekejap. tapi, di satu sudut, ada pulak kertas yang bergerak perlahan-lahan..sampailah ke tepi hujung meja. selesai,  berdehem. jiran sebelah pasang mata sesepet mungkin supaya tidak dikesan 'mengendap' jiran sebelah. tangannya pulak laju menulis tanpa mata melihat pada kertas. kalah reporter berita harian..

selesai semua kutipan kertas jawapan..
semua pelajar bangun dan berasak-asak keluar dari dewan maut itu.

******

disegenap ruang luar dewan, segelintir pelajar sedang borak..

"cis, semua lari dari tip yang dia bagi dowhhhh.."

"adoyai, aku ingat dah malam tadi, bleh plak aku blur tetibe derrr.."

"siyut..aku baca semua nota dia, cuma tu je yang aku skip baca sebab aku bajet soalan tu tak kuar. kuar plak"

"tu la pasal...."

"ooo macam tu ke jawapan dia, bukan macam yang aku jawab eh? aiseh..."

"akak, akak dapat jawab x soalan2 tadi..?saya tak dapat  jawab banyak soalan lah..3 soalan tak dapat jawab.."
"ala..akak pun xdapat jawab semua..jawab je mana yang mampu, mana yang ingat, mana yang akak lupa, akak tembak hentam keromo je..huhu"

"alaaaaaa.... akak bleh la nak jawab soalan2 susah macam mana pun..walaupun kitorang bawak toyol, tapi masih gak xdapat jawab soalan tadi..banyak application je td.. akak mesti dapat jawab kan, sebab soalan2 tu semua memerlukan otak untuk pikir.."

"ish..tak jugak..kenapa plak kamu cakap akak mesti dapat jawab punya?? mn tahu.?banyak jugak akak tak tahu jawab tadi..ada jugak yang biar kosong.."

budak senget tadi bersuara lagi..
"yela..dah tentu soalan semua application. kene pikir. mana bleh pikir dengan macam tu punya banyak dalam masa 3 jam?? dah la ada satu otak je!!! lainlah akak ada dua otak!!"

err?
dua otak?
semua terpinga2..

budak tadi pun menuding jari ke arah sesuatu:
semua orang pun pandang.. rupe2nya..


OOOhhhhhhh,...!!!

ok, ada 2 otak patutlah dapat jawab dan berfikir dengan cepat hanya dalam masa 3jam..
sengal punya budak..xmatang betul.. -.-'

***********************



04 Mac, 2011

Universiti-universiti malaysia akan diselaraskan cutinya???

Salam..
Well guys.. hello once again.. and today saja lah nak bagi personal comment tentang isu nih. Dengar desas desus dan akan dilaksanakan pun dalam tahun ni walaupun hati aku masih tidak percaya. 
Semua pembaharuan ini akan start pada bulan 9 ini..
MAka, ada banyak cerita selanjutnya berlaku.
1.
mula-mula, bila pengumuman dibuat,
Semua budak U pakat sorak ramai2..

"Yahooooo!!!! CuTi 4 BULAnnnnnnn!!!"



Yang lecturernya:



mak kat umah:
"Suke ye??? siaplah dia kalau duk umah 4 bulan keje membuta je tak tolong aku masak kemas umah. grrr!"

huhu T.T
 


2.
Tapi dalam masa yang sama,
semua peniaga yang hasil pendapatannya dan pelanggan majoritinya adalah pelajar,

"alamak...tak cukup duit makan lah 4 bulan ni...nak buat lagu mana nih cek oi...? Seb baik kali ni ja cuti 4 bulan..huhu"



3.
Dalam sedar tak sedar, di kemudian hari nanti, mesti kita dengar ni dari mulut student U kita:
"adoyaiiii...tiket dah abes dowhhhh!!! camne nak balik nih????"


Berebut tiketlah gamaknyeeee.....


4.
Para tauke2 bas plak akan kata:

"Yahhhooooo....pakcik kayoooo...!!!!"



Sekian........


************************