Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Disember, 2010

Masih berkecimpung di lurah yang berlumpur..


Oh, tajuk nilah yang sedang menceritakan kisah hidup shidarina sekarang.. cuba dengar ayat-aat ini bersuara menceritakan kepada anda.. sebab saya malas taip..

.............
.......


....
dengar..? hmm.. macam tulah kisahnya..

(n_n)
haha, bengong..
tulah, dah kata dah, kalau tengah emosi senget tu tak payah lah dok gatal nak update, kan dah cam orang sewel.. ekekeke =p
Aku masih berada di dalam dunia ini, alhamdulillah.. masih di dalam takuk lama... masih berkecimpung di lurah yang berlumpur ini.. ye..bersama-sama mereka yang sama macam aku.. menyalit lumpur ke muka masing-masing.. dia calit kat kawan ni, kawan ni balas balik, dan seterusnya berulang kali.. selagi tak puas hati selagi tu menggunakan segala lumpur yang ada di lurah ini untuk menempek kat muka musuh yang menyerang tak habis-habis.. 

persoalannya, 
sampai bila..?

sampai bila masih nak bersama-masa berkecimpung di dalam lurah yang berlumpur itu?
sampai bila nak cari sapa yang menang, sapa yang salah? bila aku tunjuk bukti, kau kambus balik dengan lumpur !!!! ni dah lebih ni brooo!!!! 
jadi...

sampai bila..?
selagi tak ada kesedaran, selagi itu aku akan terus berada di kecimpung kotor ini.. Ya Allah, bersihkan hatiku dari kekerasan.. tunjukkan ku jalan untuk keluar dari penyakit hati ini.. 

jika ada yang mendengki diri ini,
jika ada yang menyakiti hati ini,
jika ada yang mahu memakan hati ini,
jika ada yang mahu memijak diri ini,

Hanya kepadaMu aku berlindung..
Hanya Engkau yang berkuasa..
"kun faya kun" itu adalah milik Mu..
Sedengki mana, sekuat mana pun seseorang untuk berbuat dengki dan jahat pada yang lain, tetap tidak dapat melawan kekuatanMu..

Aku berserah padaMu..
Aku yakin..!!!

Aku kembali mengingatiMu..
Istighfar tidak lepas dari hatiku..

Aku bertekad untuk redha..
Aku bertekad untuk keluar dari kecimpung lurah berlumpur yang kotor ini,
ku bawa keluar diriku yang kotor berlumpur ini,
dan ku sucikan kembali diriku..

Semoga Kau membimbing aku ke jalan yang benar...

Aminnn..

.....


 

0 ulasan:

Catat Ulasan