Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Disember, 2010

Lelaki Vs. Perempuan

AMARAN : Sila baca teks dibawah dengan suara ustazah nur bayah versi shidarina.. -.-'

Selamat pagi murid-murid semua.. Apa khabar iman kita hari ini? Apa khabar cinta kita hari ini? Apa khabar badan anda? harap semuanya sihat walafiat... insyaAllah..(n_n)

Hari ini kita nak membincangkan tajuk lelaki versus perempuan.. HA? apa dia? tak..tak..bukan perbezaan dari segi sape lagi pandai.. bukan perbezaan sapa lagi kuat.. tetapi kita nak bincangkan tentang personaliti dan kita nak berbincang tentang soal hati.. ye.. soal hati dimana seperti yang kita semua sedia maklum, perempuan ni hati dia lembut..halus.. sensitip.. kalau lelaki pulak sebaliknya ye.. kadang-kadang akan tiba pada suatu masa, lelaki dan perempuan tidak bersefahaman.. Haa... kemudian, mulalah bertengkar.. bertengkar ini tidak sehat ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. kerana bagi mereka yang bertengkar, kalau diberi kuku kucing tiruan, maka gamaknya, habes bercalar balar hati masing-masing.. kadang-kadang tak perlu senjata.. bertikam lidah pun dah cukup nak mencederakan hati seseorang.. sebelum kita pergi lebih jauh bincangkan hal ini, mari kita saksikan gambar di bawah...

*Okeh, sudah tamat slot ustazah nurbayah, versi shidarina..huhu

 
Okeh, sekarang shidarina akan take over perbincangan khas kita pada hari ni. Kome dah tengok gambar di atas? ape yang kome rase? Ada sape2 yang nak bagi komen tentang gambar di atas atau ada sesape yang nk try wat cite tentang gambar, silalah bagi komen nanti yeh.. ekeke =p 

KOMEN SHIDARINA:

Setiap kali berlaku pertelingkahan, kadang-kadang wanita lebih sensitip dan hati die cepat sangat terluka.. Manakala lelaki kadangkala mereka gaduh time tu, tapi tidak menyangka bahawa  ayat-ayat mereka telah melukai hati perempuan.. kadangkala masalah yang timbul perkara remeh, perempuan akan terguris tetapi lelaki plak akan kata, 

" hek elehhhhhhh...bende simple je pon..."

pastu wat tak tahu.. si perempuan plak, mulakan agenda merajuk.. T.T
Lelaki pulak tak faham perasaan perempuan dikala itu.. tambahan lagi bila sampai masa bendera umno dikibarkan.. jadi lelaki pun buat tak tahu.. dan mulalah meng'ignore' si perempuan dan membiarkan perempuan mengubati lukanya sendri..hukhuk Maka begitulah komen dari saya tentang gambar tersebut.. Dan gambar tersebut telah dilukis oleh saya pada bulan julai 2010 diwaktu ketika sang lelaki tidak memahami hatiku sang wanita..ihik3x
T.T

p/s: ate kengkawan, apa lagi, silalah wat cite kome plaks.. huhu sesape ade pengalaman bagaimana untuk mensejahterakan hubungan lelaki dan perempuan supaya tidak bertengkar dan berlaku penitisan air mata, silalah berkongsi.. =)


..............................

2 ulasan:

Magrib berkata...

hi Shidarina

terima kasih sebab jenguk and puji blog saya... suka gila... attitude anda menarik...

Shidarina berkata...

oh magrib dah muncul blk ke? br kol 12 wehhhh >.< kui3

Catat Ulasan