Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Disember, 2010

Diari cinta terakhirku buatmu

Masih lagi aku ingat diwaktu ketika aku bergelar seorang remaja.. Perkenalan dan pertemuan itu perkara biasa..Dan pada waktu itu aku berperwatakan sebagai seorang gadis yang kasar.. Gemarkan aktiviti lasak.. Bercakap kasar..panas baran.. berjalan gaya ganas seperti  seorang lelaki.. Namun hati perempuan sekeras mana pun temboknya pasti runtuh juga kerana kelemahan wanita adalah memiliki hati yang lembut..Keras diluar, lembut di dalam.. kasar perwatakan diluar, namun hakikat dalaman hatiku, cukup aku kenali.. Aku adalah seorang yang berhati lembut.. Aku mudah menangis dan mudah tersinggung.. Aku juga tidak sanggup melihat orang lain menderita walaupun kerana kelaparan.. Namun tidak ramai yang begitu mengenali aku.. Mereka hanya menganalisis luaran ku sebagai gadis yang kasar, tiada sopan santun.. Tetapi mereka tidak mengenali jiwaku.. Tapi segalanya telah menjadi ketentuan Allah.. Seorang lelaki yang baik budi pekertinya, lemah lembut di dalam segala percakapannya. Dan dikenali sebagai a man with a golden heart dikalangan sahabatnya, telah datang bertandang bertanya khabar dan menghulurkan persahabatan.. Sewaktu perkenalan pertama, aku meneliti setiap gerak geri perwatakannya yang penuh berbudi bahasa..dan pada waktu ketika itu, aku berterus terang padanya siapa diri aku sebenarnya dan bagaimana sikap aku yang sebenarnya..Kebanyakan orang lama kelamaan beransur-ansur pergi kerana kecewa dengan sikap diriku yang kasar..tetapi dia tidak.. Masih lagi ku ingat, ku katakan kepadanya,



”Aku ni bukan mcm pompuan lain tau..aku ni kasar.. Aku tak suka coklat..Aku tak suka bunga..aku tak suka teddy bear.. ”



dan dia hanya mengangguk perlahan tanda faham.. senyuman manis tidak pernah lekang dari bibirnya.. Memang tersangat manis.. Keikhlasan dirinya yang dapat kurasai telah mengetuk pintu kamar hatiku dan dengan takdirNya, hati kami berpaut dan diikat dengan tali pernikahan yang tersimpul kuat. Selama beberapa tahun semenjak perkenalan kami, sehinggalah di waktu melayari bahtera berumah tangga, aku masih dengan sikapku yang kasar.. Dan dia masih tetap sama sentiasa lembut dan sejuk..sangat mendamaikan..Apabila api kemarahan melanda hati, sebaik sahaja terpandang raut wajahnya yang tenang, hatiku terus menjadi sejuk dengan serta merta.. pelukannya diwaktu api kemarahanku menyala, perlahan-lahan beransur padam, menyebabkan air mataku mengalir perlahan , sangat bersyukur memiliki seorang insan yang berjiwa tenang, lemah dan lembut sebagai seorang suami yang mithali.. Dia sangat memahami keadaan diriku, sikap ku, perwatakanku dan jiwaku.. Dia tahu aku akan marah bila dia terlupa setiap memori yang dikongsi sewaktu berkasih dulu.. Dia sentiasa mengingatinya.. Masih kuiingat lagi sewaktu hari graduasi di universiti, aku cukup bersemangat membelikan dia bunga..berusaha mendapatkan bunga ros berwarna biru , warna kesukaannya, tetapi malangnya, ros biru tidak kutemui. Aku belikan sahaja bunga ros berwarna oren yang sempat kutemui  Ku bergegas mendapatkannya dan mengucapkan tahniah kepadanya.. Dia tersenyum dan sangat gembira mendapat jambakan bunga ros dariku.. Aku berdiri dan tersenyum. di dalam hatiku tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu, Tidakkah dia juga mahu berikan aku bunga sebagai tanda tahniah bergraduasi pada hari ini? Seharian ku tunggu.. dan keesokannya, juga hari-hari seterusnya, aku tidak menerima walaupun sekuntum bunga darinya.. Hatiku sedikit sebak melihat wanita lain yang tersenyum bangga apabila dihadiahi bunga oleh kekasih hati ataupun dari suami masing-masing... Tidak mengapa.. kekecewaan dari hatiku sentiasa akan terpadam setiap kali terpandang senyumannya.. bunga lutsinar yang kulihat berkembang mekar di dalam hatinya hanya untuk aku..dan hanya aku yang dapat merasainya.. sungguhpun begitu, masih terselit secebis rasa di hatiku, begitu mengiinginkan sejambak bunga darinya.. bilakah saat itu akan tiba..? Aku tidak mungkin akan meminta-minta darinya kerana seperti ada suara halus yang tidak membenarkannya.. tetapi tidak kukenali suara itu.. Ku teruskan juga hari demi hariku bersama suami tercintaku dengan bahagianya.. Kewujudan dirinya, memiliki, dan dimilikinya adalah sesuatu yang sangat indah.. Aku rasa sangat bersyukur kepada tuhan kerana memberikan aku rasa cinta ini.. Namun, tanpa disedari, hari demi hari, diriku dijamah oleh penyakit yang sering ditakuti oleh semua orang.. doktor telah mengesahkan aku menghidap kanser payudara.. suamiku megalirkan air mata sebaik mendengar berita ini.. lemah lidah terkelu rebah segala kekuatan.. Duhai suamiku..jangan menangis sayang.. kau adalah seorang insan yang teristimewaan dalam hidupku.. kaulah bahagiaku..kaulah kekuatanku..dan kaulah kelemahanku..aku menjadi lemah bila kau rebah.. aku menjadi kuat bila kau kuat.. aku yakin kau akan sentiasa bersamaku melawan penyakit ini.. Namun, kita tidak berhak dan tiada kuasa untuk melawan takdirNya.. Allah maha berkuasa dan maha mengetahui di atas setiap apa yang ada di atas muka bumi ini.. kanser yang semakin menular di dalam tubuhku kini semakin rakus menyantap setiap inci tubuhku.. aku semakin lemah..namun sebaik melihat senyumanmu, serta merta aku melupai derita yang aku alami..sungguh hebat senyumanmu sayang.. ku harapkan dapat memiliki senyumanmu sehingga ke akhir hayatmu..namun tidak seperti yang kuharapkan..rasanya aku yang akan pergi dulu.. namun, sebelum itu, Aku teringin sekali menerima sejambak bunga darimu sayang.. bolehkah kamu menunaikannya..? Tidak pernah kusangka jawapan yang kudengar dari bibirmu itu begitu menyayat hatiku..



”Abang dah lama sangat teringin nak bagi bunga pada ayang.. kalau boleh, tiap-tiap kali abang jumpa ayang, abang nak bunga.. Tapi, abang masih ingat masa kita jumpa pertama kali dlu, ayang kata ayang tak suka bunga, tak suka teddy bear, tak suka coklat, sebab itu abang simpan hajat abang. Sebab abang taknak ayang marah..abang tahu ayang akan marah abang kalau abang lupa apa sahaja memori sewaktu kita bercinta dulu.. abang xnak ayang marah..abang nak ayang happy.. abang tahu ayang happy tengok abang senyum kan? Sebab tu abang senyum walaupun abang marah kat ayang.. sebab tu abang tak pernah pun marah ayang.. Abang mintak maaf abang menangis bila tahu ayang sakit.. abang sedih sangat..abang tak sanggup hilang ayang.. abang tak dapat tahan kesedihan di hati abang.. maafkan abang ye.. abang janji abang akan buat ayang bahagia.. abang janji abang akan tolong ayang lawan sakit ni.. abang janji abang akan ubat gelisah di hati ayang.. abang janji abang akan berusaha jadi  kekuatan ayang.. but for now,  is it the flower that can make you happy the most..? mesti da lama ayang tunggu bunga dari abang kan? Nanti abang belikan ye.. hm sekarang pon boleh.. ayang tunggu jap, abang gi beli jap ye.. ayang tunggu abang k..”


Rupanya suara hatiku yang egois telah menghalang bahagiaku..tidak kusangka selama ini aku telah tersilap.. aku menyangka bahawa aku betul-betul mengenali diri aku.. tetapi rupanya, tidak.. aku tidak mengenali ego ku..penyesalan tidak bermakna lagi.. alangkah indahnya jika setiap kali berjumpa, dia akan memberikan aku bunga.. tersangat indah hingga tidak dapat aku membayangkan betapa gembiranya aku.. Aku masih lagi menunggu kepulanganmu sayang.. cepat sayang.. aku mungkin tidak dapat bertahan lebih lama.. terima kasih kerana mencintaiku begitu mendalam sayang.. aku juga sangat mencintaimu..sehingga nafasku yang terakhir ini.. cepatlah pulang sayang...            

3 ulasan:

azzey berkata...

Shidarina: remaja saat yg terindah...

p/s; slm kenal dari saya....AZZEY....

::..Dia daYa..:: berkata...

Salam perkenalan
dah jadi pengikut awak no .15

suka baca cerpen nie
menarik

Shidarina berkata...

Azzey...

hehe yup2.. sekarang ni pun masih lagi remaja.. sy baru 23 je hehe.. perkenalan juga, Azzey.. (n_n) thanks.. mwah2 (n_n)

Dia daya...

salam kenal juga.. (n_n) wah..terima kasih kerana jadi follower yg ke 15..(n_n) sat lagi sy lawat page awk pulak ek.. (n_n) hehe cerpen tu bercampur antara pengalaman dan drama di tv..huhu jemput lah baca cerpen2 yang ada di page sy ni ek.. =)

Catat Ulasan