Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 November, 2010

Scientist Vs. Engineer


Ahli sains dan jurutera.. mana yang lebih baik? Di sini ingin saya bahaskan pendapat saya sendiri berkenaan dua kerjaya ini. ya..Pendapat saya ye..selepas saya berfikir meniliti dan mendengar pendapat dari orang lain juga, maka dapat saya simpulkan seperti berikut,,

Masih ingat lagi tak sewaktu anda kecil , di bangku sekolah rendah yang kerusinya hanya tinggi lutut orang dewasa? haa.. masa tulah cikgu selalu tanya 'esok besar nak jadi apa?', 'saya nak jadi scientist cikgu" 'bagussss....belajar rajin2 ye..' nak jadi guru, nak jadi doktor, nak jadi tu, nak jadi ni, tapi perasan tak, jarang atau langsung tak dengar pon jawapan yang satu ini , 'saya nak jadi jurutera'.. dulu la... time dolu2..masa tahun 90-an..sekolah kampung lak tu.. memang patut pon aku tak dengar kan..jurutera pn aku tak tahu ape.. T.T sadis kan?

Tapi scientist selalu disebut-sebut.. ahli sains..ahli kimia..ada seseorang yang saya kenali telah mentafsirkan scientist sebagai orang yang bertanggungjawab mencipta teori, yang akan diguna pakai sebagai ilmu sains untuk kajian-kajian sains yang lain.. ahli sains sebagai contoh, menemui satu bahan baru, mengkaji, dan menjalankan eksperimen untuk menganalisa characteristic bahan baru tersebut.. pendek kata, dari apa yang saya faham berkenaan scientist (dari seseorang yang dikenali), adalah glngan mereka yang menjumpai teori dan ilmu sains baru.. sebagai ahli astronomi, mereka hanya menjalankan kajian sains sahaja.. tetapi, tidak menciptakan sesuatu produk daripadanya..

Berbeza dengan engineer, golongan ini menggunakan dan mengaplikasikan segala teori dan ilmu sains yang ada dan membuat kajian supaya sesuatu produk dapat dihasilkan.. Ini perbezaan ketara di antara engineer dan scientist.. Engineer boleh menjadi usahawan dengan menghasilkan produk baru hasil dari aplikasi ilmu sains yang ada. sebagai contoh, penghasilan sebuah kereta.. electrical engineer, mechanical engineer, material engineer, product engineer, telah bergabung ilmu yang dikuasai untuk menghasilkan sebuah kereta yang mengikut standard keselamatan yang telah ditetapkan. Engineer sentiasa berfikir dan mengaplikasikan ilmu sains terkini yang dipelopori oleh saintis. Tetapi, engineer juga boleh menjadi saintis apabila dengan tidak sengaja menjumpai sesuatu teri yang baru semasa melakukan pelbagai kajian dan eksperimen semasa menghasilkan produk. begitu juga scientist, mereka juga boleh menjadi engineer dengan menghasilkan produk daripada penemuan bahan baru.
pendek kata, engineer bergantung kepada scientist, dan rakyat bergantung kepada engineer untuk melakukan revolusi, innovasi dan peningkatan teknologi kehidipan harian manusia. Dan manusia bergantung kepada Allah.. sekiranya Allah membenarkan sesorang itu menemui apa yang dikehendakiNYA,maka, jumpalah ia, dan apabila seseorang itu berbakti kepada manusia sejagat dengan memberi dan berkongsi ilmu, mahupun, menghasilkan pelbagai produk untuk kemudahan semua, itulah yang dipanggil amal soleh.. yang penting,ikhlas harus ada di dalam hati.. insyaAllah..

jika ada yang tersilap, mohon tegur, ini pendapat peribadi sy.. =)

...

0 ulasan:

Catat Ulasan