Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Oktober, 2010

Tips-Tips Memujuk Wanita Yang Sedang Merajuk


Woww.. tak boleh blah betul tajuk entry ni ek? Haha.. Sebenarnya saya rasa saya tahu bagaimana cara untuk memujuk si jelita yang sedang merajuk memandangkan saya juga seorang wanita.. ehem2..ye..saya seorang wanita ..okey? Im 23. hmm nak kata jelita, tak berani lah nak mengaku pulak. Because as you all know, beauty is SUBJECTIVE. Some people might say, wooo!! You are so beautiful, walaupun tidaklah secantik mane, ataupun huk oloh, huduhnya.. walaupun orang yang dikata huduh tu comel pada hakikatnya.. T.T Wallahualam...

Hati perempuan sangat sensitif. Kadang-kadang gurauan pun boleh terguris hatinya yang halus.. Hati perempuan juga mudah sejuk. Bak kata orang, sekeras mana pun kerak nasi, tuang air bebanyak, lama-lama, lembut jugak.. (n_n)
Hehe..cukuplah intro yeh.. 

Ye!! bagi kamu sekelian si jejaka yang sedang membaca, berikut adalah antara cara-cara yang boleh anda lakukan.. (n_n)



1. Cuba sekali sekala anda masakkan sesuatu untuk dia. Kalau dah tak reti sangat memasak, masak maggi 2 minit pun jadilah.. Sejuk sikit api rajukan dia tu bila tetiba anda masakkan untuk dia.. Nak-nak lagi bagi anda yang tak pernah langsung memasak dan tiba-tiba anda sanggup memasak tuk dia.. hehe terharu sekejap.. 

2. Bagi anda yang jarang berikan si dia hadiah, apa kata anda belikan sedikit hadiah, murah pun tak apa asalkan ikhlas. (tak tahulah kalau anda dapat wanita yang materialistik, anda terpaksalah melabur duit lebih banyak dari biasa..huhu) Jangan lupa tuliskan sedikit kata-kata maaf pada kad dan selitkan pada hadiah tersebut..

3. Kalau si dia masih merajuk, dan tidak mahu reply mesej ataupun jawab call, jangan putus asa,dan jangan pulak buat tak tahu dan biar si dia merawat lukanya sendiri. Macam orang yang sedang sakit, kalau tidak diberi ubat, sakit itu akan ambil masa yang lebih lama untuk baik. Kalau diberi ubat, insyaAllah, cepatlah baik.. Dan menjadi satu perkara biasa kalau orang sedang sakit, macam-macam ragam dia. Samalah dengan orang yang sedang merajuk. Hati dia kan terluka tu dek kerana anda menorehnya..huhu Tengah sakit, tu yang banyak ragam dia.Jangan pulak anda marah dia..  hehe Jadi, teruskanlah bagi mesej..call.. (walaupun xagkat, miscall pon xpe..just to make her realise that you always keep thinking on her and just to let her know that u are hoping for her forgiveness) Lama-lama dia reply la.. =) Harus diingat, wanita juga kadang-kadang ada ego juga, bukan lelaki je ada taw.. T.T
4. Hmm kalau si dia masih merajuk juga lepas anda mencuba semua di atas, cuba carik jalan lain.. Jika tak pulih jugak dari rajuk nya, there could be something wrong.. Cuba bawak berbincang dengan dia.. huhu Jalan yang terbaik sekali, Lakukanlah solat dan banyakkanlah berdoa agar hatinya sejuk kembali.. Ingat, Allah menguasai segala-galanya, Allahhu Akhbar.. Dengan 'kun faya kun', maka, terjadilah segala-galnya yang ada di dunia ini, tidak ada satu pun yang bisa menjadi penghalang untuk ia dari berlaku.. TAwakal, usaha dan doa.. insyaAllah.. =)

HUhu kepada anda yang membaca entry ni, minta maaf la kalau tips di atas lebih banyak mengarut dari ilmunya, hehe Harus diingati, seperti biasa, yang baik datang dari Allah, yang silap dan salah serta buruknya apa-apa di dalam blog ini adalah datang dari saya sendiri.. Wallahualam..

.............

2 ulasan:

Neology berkata...

perempuan kadang2 suka mengambil kesempatan ke atas lelaki dengan menjadikan merajuk sebagai alasan atau senjata..

sekali sekala takpe la. Tapi AWAS! jangan sampai lelaki menjadi bosan dengan sikap anda.. Kalau lelaki dah bosan, jangan salahkan lelaki apabila mereka malas melayan kerenah anda..

Shidarina berkata...

macam mana pula nk pujuk lelaki yang sedang merajuk..? (n_n)

Catat Ulasan