Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Oktober, 2010

Pedihnya Bila Orang Kata Kita Tidak Cantik

Pernah tak anda menghadapi suatu keadaan di mana secara tiba-tiba seseorang telah memberitahu / mengatakan sama ada secara lisan atau hanya melalui kiasan atau dengan hanya menunjukkan reaksi bahawa anda 'tidak cantik'?

Jika jawapan anda tidak, Alhamdulilah, memang anda sebenarnya memang tergolong di kalangan mereka, hamba-hamba Allah yang diberi keistimewaan pada paras rupa yang cantik dan dikagumi oleh semua orang. Namun, jangan terus alpa dengan pujian dari mereka yang memandang dan memuji kerana kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi terutama pabila orang lain tidak semuanya mendapat sama / secantik rupa paras yang Allah anugerahi kepada anda. Dan bagi mereka yang sentiasa memuji kecantikan seseorang seharusnya mereka sedar bahawa mereka sepatutnya memberikan segala puji-pujian itu kepada pencipta si cantik itu iaitu Allah.. Subhanallah.. Cantiknya ciptaan Allah.. Dan itu adalah sebaik-baik pujian ditujukan.. InsyaAllah..

Bagi mereka yang menjawab soalan diatas sebagai ya/ pernah, jangan khuatir, dan jangan rasa rendah diri sehingga anda malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Tidak kira apa yang mereka kata atau kutuk, kita harus sedar, ini semua pemberian Allah. Alhamdulillah, syukur.. Anda sebenarnya memiliki sifat yang sempurna..Cuba anda lihat pada mereka yang tidak sempurna, pasti jauh di hati anda , anda akan merasa sangat bersyukur.. Apabila kita berada di bawah, kita seharusnya melihat kepada mereka yang berada lebih bawah dari kita.. InsyaAllah.. Hati kita akan terdetik rasa kesyukuran.. Alhamdulillah..
Tidak apa sekiranya mereka kata kita tidak cantik.. Jangan terus merasa diri dihindarkan, sebaliknya, cuba bangkitkan semula semangat diri anda.. Yang pertama, seperti yang diterangkan di atas.. Yang kedua, anda harus menolong diri anda untuk mengembalikan keyakinan diri dengan menghadap cermin, senyum dan katakan, " Alhamdulillah.. cantiknya aku.. Sempurna.." dan teruskanlah dengan doa melihat cermin.. Ya Allah.. Jadikan akhlak ku secantik sebagaimana Engkau menjadikan rupa parasku.. Aminn.. 

Jadi, tidak kiralah anda berkulit cerah atau gelap, cantik atau tidak cantik, sempurna atau tidak, yang penting kita harus ingat. Kita adalah hamba Allah dan kita semua adalah sama, cuma yang membezakan adalah keimanan di hati..

P/S : Nak touch up muka, boleh.. tapi jangan lah terlampau tebal.. Jangan sampai menarik pandangan lelaki untuk melihat anda lama-lama..  

0 ulasan:

Catat Ulasan