Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Oktober, 2010

Ini Tempat Orang Sakit la!!


Marah kah anda kalau anda tunggu lama untuk berjumpa doktor sambil menghadapi situasi seperti di bawah??


1. Ada seorang nenek ditemani oleh suaminya si atok. Nenek dan atok dah terlalu tua dan jalan pun memang sangat-sangat tidak larat. Anda sebagai orang yang lebih muda, (walaupun anda sedang SAKIT juga), telah membantu nenek itu untuk bukakan pintu ke bilik doktor. Tapi nenek itu buat muka garang.. errr.. apakah? -.-" 


--> Takpe, tolong kene ikhlas..xmarah..xmarah..


2. Anda adalah seorang nenek yang sudah tua dan duduk di sebelah orang muda. Anda pandang kertas nombor giliran anda berulang kali dan secara tak sengaja memegang kertas tersebut secara terbalik. Tetibe, orang muda di sebelah anda ni, pegang dan betulkan posisi kertas giliran itu, dan berkata , " oh, nombor 9001 ni nek.. bilik 9 " dengan nada yang sangat sopan. tetapi.. errr ... apakah???


--> Aku dah la tengah sakit,.. walaupun aku tua tapi aku tak buta huruf laaaaa...
grrr.. dah start nak marah.. rase nak tampo lak dak ni..


3. Kaki anda patah dan dibaluti dengan plaster of Paris (POP) ataupun dikenali dengan 'simen'. Atau dengan kata lain, kaki anda kena simen. Anda sedang menunggu giliran untuk rawatan seterusnya di depan bilik doktor. Tiba-tiba ada seorang budak kecik berumur dalam 3 tahun main lari-lari. Memang nakal. Puas mak dia tangkap banyak kali, terlepas jugak. Last-last, Mak dia tangkap budak tu, dukung dan bawa dekat dengan anda sambil berkata kat anak dia yang nakal tu, "eeee..tengok kaki abang tu.. haaa.. nak jadi camtu? Lari-lari tak maw duduk. Nanti kaki kene bungkus macam tu..sakit.. nak? nak?" budak tu diam je tengok kaki, tengok muka anda, tengok kaki, tengok muka anda.. Dan pada waktu itu, anda tak tahu nak buat reaksi muka macam mana.. errrr.. apakah?????

--> Makcik, Kaki saya patah!! Sakit okeh..? Ada ka pulak jadikan aku 'model'.. T.T 
xpe..tak marah..xmarah.. sabar... sakit kene banyak sabar... T.T

4. Anda telah lama sesangat tunggu di depan bilik doktor. Pesakit lain yang tunggu giliran rawatan di bilik doktor lain dah lama dah balik.. Datang seorang makcik ni, dengan tidak sabarnya, buka pintu doktor tu, dan.. kosong!!! KOSONG OK! errr... apakah????

--> hmm xtahu nak kata.. xmarah..xmarah..doktor tu pergi sarapan kot... -.-'

5.   Anda perasan sesuatu.. Tiap kali pesakit keluar dari bilik doktor tu, doktor tu ambil masa dalam 5 minit untuk panggil pesakit seterusnya.. Anda rasa pelik tak?? Dan apabila tiba giliran anda, anda masuk dan anda rasa diri anda ni seperti invisible. Sebabbbbbb... doktor tu rancak berbual dengan nurse pembantu dia.. Dia tanya sikit ja apa sakit anda, dia cek dengan tidak serius, dan selesai. Tetapi, SELALUNYA, doktor akan berbual dengan pesakit untuk mengenalpasti tanda-tanda atau sintom-sintom penyakit, TETAPI tidak pada kali. Bukan anda yang menceritakan penyakit anda pada doktor, tetapi NURSE yang baru datang kemudiannya pulak yang rancak bercerita tentang penyakit yang sama dia hidap waktu ketika dia muda dulu pada doktor.  Jadi, siapakah yang sakit dan memerlukan perhatian doktor pada ketika itu? Anda atau nurse yang sihat itu?? errrr.. APAKAH?????


--> Memang rasa nak marah.. Memang tak patut.. Nurse tu patut alert.. Dan doktor tu harus serius.. OK? -.-*  Tapi, nak marah pun tak jadi, sebab sedang sakit kan..? Sakit kene bersabar banyak2.. kn? (n_n)


P/S: Perkara di atas adalah rekaan semata-mata.. Tiada melibatkan mana2 pihak.. Dan jikalau ada melibatkan mana2 pihak, Adalah menjadi rahsia yang biarlah disimpan rapi.
Kesimpulannya, Sakit = SABAR... InsyaAllah... (n_n)

0 ulasan:

Catat Ulasan