Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Oktober, 2010

AMBANK GROUP - JAWATAN KOSONG

KEKOSONGAN DIPERLUKAN SEGERA:
~KERANI & EKSEKUTIF BANK~
(JB,KOTA TINGGI,TIRAM,MERSING,PONTIAN,KLUANG
BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT,MELAKA,KL,PUCHONG)
Kelayakan:-
*Min SPM,Diploma,Degree
*Umur 18 tahun ke atas
*Lelaki & Perempuan
*Ada/tiada pengalaman
*Fokus,Komitmen,Semangat,Disiplin
KELEBIHAN :
*Pendapatan 1800 ke atas..
*Bonus Tahunan.
*Gaji 2x sebulan
*Kenaikan gaji 12 kali setahun
*Bonus 4x setahun
*Insentif melancong percuma
*Subsidi rumah dan kereta
*Kenaikan pangkat selepas 3 bulan
JAMINAN KERAJAAN

Berminat sila SMS NAMA,NO HP, UMUR & LOKASI Kepada:
Marilyn (0197197698) 
 
got from here
 
.......................................... 

Aku dah kawin skarang

by Tuah Mohd Bakheet on Thursday, 28 October 2010 at 02:15
220850.27.10_u

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

28 Oktober, 2010

Promosi HArga Runtuh Sabun TAhan Ngantuk AQuRA !!!


Salam and hi everyone..
I have good news for you!!!!
(n_n)

Are you Ready??

Now, you can get the Aqura soap at a VERy Low PRice EVERRRRR !!!!!

Dont beleive me?
Plis stay tune and check this out!!!
(n_n)

Market price :

Aqura Black Soap

RM 10 (20g) [EXCLUDING POSTAGE COST]
RM 30 (100g) [EXCLUDING POSTAGE COST]

Aqura Gold Soap

RM 17 (25g) [EXCLUDING POSTAGE COST]
RM 65 (100g) [EXCLUDING POSTAGE COST]


BUT, HERE IS MY PRICE (JUST FOR YOU!!! )

Aqura Black Soap

RM 8 (20g) [EXCLUDING POSTAGE COST]
RM 30 (100g) [INCLUDING POSTAGE COST]

Aqura Gold Soap

RM 15 (25g) [EXCLUDING POSTAGE COST]
RM 65 (100g) [INCLUDING POSTAGE COST]

WHILE STOCK NOT LAST !!! 
Come On!! Hurry Up..!!

Make Your ORDER NOW!!

Through my email, shahidahdd03@yahoo.com

or simple msg inbox me at my facebook by click HERE..



26 Oktober, 2010

Saya menghidap barah


Huhu.. Bagaimanakah perasaan dan keadaan anda, reaksi anda jika tiba-tiba doktor mengesahkan anda menghidapi barah?

Tak payah tunggu doktor confirmkan la.. Once bila anda disuspek menghidap kanser pon mesti dah rasa lebik, terkulai, lemah..

Jangan salah anggap.. bukanlah saya maksudkan saya pernah mengalami situasi ini, tetapi, tiba-tiba saya terfikir, bersediakah kita untuk menghadapi ujian Allah? Bersediakah kita menerima akibat hasil dari tindakan kita yang tak jaga makan? Makan ikut sedap je kan? huhu bersediakah kita jika tiba-tiba perkara ini terjadi pada diri kita ataupun orang-orang terdekat kita?

Harus diingat selalu, sakit itu datang dari Allah, dan sihat itu juga datang dari Allah.. Harus yakin! Harus redha! Tawakal, usaha, doa!

Wallahualam...

...............

FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK


by Syahirah Mansor on Wednesday, 05 May 2010 at 10:28
 
 
1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran
akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula
adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo
yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul
Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

15 Oktober, 2010

Tips-Tips Memujuk Wanita Yang Sedang Merajuk


Woww.. tak boleh blah betul tajuk entry ni ek? Haha.. Sebenarnya saya rasa saya tahu bagaimana cara untuk memujuk si jelita yang sedang merajuk memandangkan saya juga seorang wanita.. ehem2..ye..saya seorang wanita ..okey? Im 23. hmm nak kata jelita, tak berani lah nak mengaku pulak. Because as you all know, beauty is SUBJECTIVE. Some people might say, wooo!! You are so beautiful, walaupun tidaklah secantik mane, ataupun huk oloh, huduhnya.. walaupun orang yang dikata huduh tu comel pada hakikatnya.. T.T Wallahualam...

Hati perempuan sangat sensitif. Kadang-kadang gurauan pun boleh terguris hatinya yang halus.. Hati perempuan juga mudah sejuk. Bak kata orang, sekeras mana pun kerak nasi, tuang air bebanyak, lama-lama, lembut jugak.. (n_n)
Hehe..cukuplah intro yeh.. 

Ye!! bagi kamu sekelian si jejaka yang sedang membaca, berikut adalah antara cara-cara yang boleh anda lakukan.. (n_n)



1. Cuba sekali sekala anda masakkan sesuatu untuk dia. Kalau dah tak reti sangat memasak, masak maggi 2 minit pun jadilah.. Sejuk sikit api rajukan dia tu bila tetiba anda masakkan untuk dia.. Nak-nak lagi bagi anda yang tak pernah langsung memasak dan tiba-tiba anda sanggup memasak tuk dia.. hehe terharu sekejap.. 

2. Bagi anda yang jarang berikan si dia hadiah, apa kata anda belikan sedikit hadiah, murah pun tak apa asalkan ikhlas. (tak tahulah kalau anda dapat wanita yang materialistik, anda terpaksalah melabur duit lebih banyak dari biasa..huhu) Jangan lupa tuliskan sedikit kata-kata maaf pada kad dan selitkan pada hadiah tersebut..

3. Kalau si dia masih merajuk, dan tidak mahu reply mesej ataupun jawab call, jangan putus asa,dan jangan pulak buat tak tahu dan biar si dia merawat lukanya sendiri. Macam orang yang sedang sakit, kalau tidak diberi ubat, sakit itu akan ambil masa yang lebih lama untuk baik. Kalau diberi ubat, insyaAllah, cepatlah baik.. Dan menjadi satu perkara biasa kalau orang sedang sakit, macam-macam ragam dia. Samalah dengan orang yang sedang merajuk. Hati dia kan terluka tu dek kerana anda menorehnya..huhu Tengah sakit, tu yang banyak ragam dia.Jangan pulak anda marah dia..  hehe Jadi, teruskanlah bagi mesej..call.. (walaupun xagkat, miscall pon xpe..just to make her realise that you always keep thinking on her and just to let her know that u are hoping for her forgiveness) Lama-lama dia reply la.. =) Harus diingat, wanita juga kadang-kadang ada ego juga, bukan lelaki je ada taw.. T.T
4. Hmm kalau si dia masih merajuk juga lepas anda mencuba semua di atas, cuba carik jalan lain.. Jika tak pulih jugak dari rajuk nya, there could be something wrong.. Cuba bawak berbincang dengan dia.. huhu Jalan yang terbaik sekali, Lakukanlah solat dan banyakkanlah berdoa agar hatinya sejuk kembali.. Ingat, Allah menguasai segala-galanya, Allahhu Akhbar.. Dengan 'kun faya kun', maka, terjadilah segala-galnya yang ada di dunia ini, tidak ada satu pun yang bisa menjadi penghalang untuk ia dari berlaku.. TAwakal, usaha dan doa.. insyaAllah.. =)

HUhu kepada anda yang membaca entry ni, minta maaf la kalau tips di atas lebih banyak mengarut dari ilmunya, hehe Harus diingati, seperti biasa, yang baik datang dari Allah, yang silap dan salah serta buruknya apa-apa di dalam blog ini adalah datang dari saya sendiri.. Wallahualam..

.............

14 Oktober, 2010

Kepada SYAWAL dan LOQMAN


Terima kasih kerana menjadi next follower after cik Has... (n_n)
Sebagai penghargaan., anda berdua akan di beri adiah saguhati berupa ..... 'rahsia'..

hehe

Jadi, En Syawal dan En Loqman, Sila email kan alamat terkini anda kepada saya..

shahidahdd03@yahoo.com

Diharapkan maklum balas dari anda secepat mungkin.. (n_n)
Thanks in advanced.

Kepada sesiapa yang nak jugak adiah saguhati, silalah jadi follower saya ek.. =)
ini bukan rasuah ye.. ini hadiah dari saya.. as my appreciation for those who appreciate my existance in here (internet world).. hehe

.............

Hargai Insan Yang Menyayangi Anda Seikhlas Hati

by Nurul Diyana Jamil on Wednesday, 13 October 2010 at 15:23
Subject: lelaki ego

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap
dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

* Melalui kisah ni sy nk tnyer ape sbnrnyer yg diinginkan seorg lelaki apabila die memilih pmpn itu mjd kekasih die..sekadar melampiaskan nfsu yg pasti tidak halal atau sbnar2nyer ingin mencari calon isteri yg bnar2 dpt menjaga die seumur hidop die...??sy nk anda jwb...

Pedihnya Bila Orang Kata Kita Tidak Cantik

Pernah tak anda menghadapi suatu keadaan di mana secara tiba-tiba seseorang telah memberitahu / mengatakan sama ada secara lisan atau hanya melalui kiasan atau dengan hanya menunjukkan reaksi bahawa anda 'tidak cantik'?

Jika jawapan anda tidak, Alhamdulilah, memang anda sebenarnya memang tergolong di kalangan mereka, hamba-hamba Allah yang diberi keistimewaan pada paras rupa yang cantik dan dikagumi oleh semua orang. Namun, jangan terus alpa dengan pujian dari mereka yang memandang dan memuji kerana kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi terutama pabila orang lain tidak semuanya mendapat sama / secantik rupa paras yang Allah anugerahi kepada anda. Dan bagi mereka yang sentiasa memuji kecantikan seseorang seharusnya mereka sedar bahawa mereka sepatutnya memberikan segala puji-pujian itu kepada pencipta si cantik itu iaitu Allah.. Subhanallah.. Cantiknya ciptaan Allah.. Dan itu adalah sebaik-baik pujian ditujukan.. InsyaAllah..

Bagi mereka yang menjawab soalan diatas sebagai ya/ pernah, jangan khuatir, dan jangan rasa rendah diri sehingga anda malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Tidak kira apa yang mereka kata atau kutuk, kita harus sedar, ini semua pemberian Allah. Alhamdulillah, syukur.. Anda sebenarnya memiliki sifat yang sempurna..Cuba anda lihat pada mereka yang tidak sempurna, pasti jauh di hati anda , anda akan merasa sangat bersyukur.. Apabila kita berada di bawah, kita seharusnya melihat kepada mereka yang berada lebih bawah dari kita.. InsyaAllah.. Hati kita akan terdetik rasa kesyukuran.. Alhamdulillah..
Tidak apa sekiranya mereka kata kita tidak cantik.. Jangan terus merasa diri dihindarkan, sebaliknya, cuba bangkitkan semula semangat diri anda.. Yang pertama, seperti yang diterangkan di atas.. Yang kedua, anda harus menolong diri anda untuk mengembalikan keyakinan diri dengan menghadap cermin, senyum dan katakan, " Alhamdulillah.. cantiknya aku.. Sempurna.." dan teruskanlah dengan doa melihat cermin.. Ya Allah.. Jadikan akhlak ku secantik sebagaimana Engkau menjadikan rupa parasku.. Aminn.. 

Jadi, tidak kiralah anda berkulit cerah atau gelap, cantik atau tidak cantik, sempurna atau tidak, yang penting kita harus ingat. Kita adalah hamba Allah dan kita semua adalah sama, cuma yang membezakan adalah keimanan di hati..

P/S : Nak touch up muka, boleh.. tapi jangan lah terlampau tebal.. Jangan sampai menarik pandangan lelaki untuk melihat anda lama-lama..  

12 Oktober, 2010

Ini Tempat Orang Sakit la!!


Marah kah anda kalau anda tunggu lama untuk berjumpa doktor sambil menghadapi situasi seperti di bawah??


1. Ada seorang nenek ditemani oleh suaminya si atok. Nenek dan atok dah terlalu tua dan jalan pun memang sangat-sangat tidak larat. Anda sebagai orang yang lebih muda, (walaupun anda sedang SAKIT juga), telah membantu nenek itu untuk bukakan pintu ke bilik doktor. Tapi nenek itu buat muka garang.. errr.. apakah? -.-" 


--> Takpe, tolong kene ikhlas..xmarah..xmarah..


2. Anda adalah seorang nenek yang sudah tua dan duduk di sebelah orang muda. Anda pandang kertas nombor giliran anda berulang kali dan secara tak sengaja memegang kertas tersebut secara terbalik. Tetibe, orang muda di sebelah anda ni, pegang dan betulkan posisi kertas giliran itu, dan berkata , " oh, nombor 9001 ni nek.. bilik 9 " dengan nada yang sangat sopan. tetapi.. errr ... apakah???


--> Aku dah la tengah sakit,.. walaupun aku tua tapi aku tak buta huruf laaaaa...
grrr.. dah start nak marah.. rase nak tampo lak dak ni..


3. Kaki anda patah dan dibaluti dengan plaster of Paris (POP) ataupun dikenali dengan 'simen'. Atau dengan kata lain, kaki anda kena simen. Anda sedang menunggu giliran untuk rawatan seterusnya di depan bilik doktor. Tiba-tiba ada seorang budak kecik berumur dalam 3 tahun main lari-lari. Memang nakal. Puas mak dia tangkap banyak kali, terlepas jugak. Last-last, Mak dia tangkap budak tu, dukung dan bawa dekat dengan anda sambil berkata kat anak dia yang nakal tu, "eeee..tengok kaki abang tu.. haaa.. nak jadi camtu? Lari-lari tak maw duduk. Nanti kaki kene bungkus macam tu..sakit.. nak? nak?" budak tu diam je tengok kaki, tengok muka anda, tengok kaki, tengok muka anda.. Dan pada waktu itu, anda tak tahu nak buat reaksi muka macam mana.. errrr.. apakah?????

--> Makcik, Kaki saya patah!! Sakit okeh..? Ada ka pulak jadikan aku 'model'.. T.T 
xpe..tak marah..xmarah.. sabar... sakit kene banyak sabar... T.T

4. Anda telah lama sesangat tunggu di depan bilik doktor. Pesakit lain yang tunggu giliran rawatan di bilik doktor lain dah lama dah balik.. Datang seorang makcik ni, dengan tidak sabarnya, buka pintu doktor tu, dan.. kosong!!! KOSONG OK! errr... apakah????

--> hmm xtahu nak kata.. xmarah..xmarah..doktor tu pergi sarapan kot... -.-'

5.   Anda perasan sesuatu.. Tiap kali pesakit keluar dari bilik doktor tu, doktor tu ambil masa dalam 5 minit untuk panggil pesakit seterusnya.. Anda rasa pelik tak?? Dan apabila tiba giliran anda, anda masuk dan anda rasa diri anda ni seperti invisible. Sebabbbbbb... doktor tu rancak berbual dengan nurse pembantu dia.. Dia tanya sikit ja apa sakit anda, dia cek dengan tidak serius, dan selesai. Tetapi, SELALUNYA, doktor akan berbual dengan pesakit untuk mengenalpasti tanda-tanda atau sintom-sintom penyakit, TETAPI tidak pada kali. Bukan anda yang menceritakan penyakit anda pada doktor, tetapi NURSE yang baru datang kemudiannya pulak yang rancak bercerita tentang penyakit yang sama dia hidap waktu ketika dia muda dulu pada doktor.  Jadi, siapakah yang sakit dan memerlukan perhatian doktor pada ketika itu? Anda atau nurse yang sihat itu?? errrr.. APAKAH?????


--> Memang rasa nak marah.. Memang tak patut.. Nurse tu patut alert.. Dan doktor tu harus serius.. OK? -.-*  Tapi, nak marah pun tak jadi, sebab sedang sakit kan..? Sakit kene bersabar banyak2.. kn? (n_n)


P/S: Perkara di atas adalah rekaan semata-mata.. Tiada melibatkan mana2 pihak.. Dan jikalau ada melibatkan mana2 pihak, Adalah menjadi rahsia yang biarlah disimpan rapi.
Kesimpulannya, Sakit = SABAR... InsyaAllah... (n_n)

11 Oktober, 2010

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

I got this from fb..

by Idrus Hashim on Monday, 04 October 2010 at 23:29
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran 
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .
3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
  4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
 8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


 Betul atau tidak,  Wallahualam..



Lovely Days... Not 10/10/10 but 11/10/10

wowww...

Today is a very bright days..
Hari yang penuh dengan senyuman..
Hari untuk dia bergraduasi..
Dan hari untuk saya menenangkan fikiran..
Alhamdulillah semuanya akan dipermudahkan..
Thanks to en Nasir kerana meminjamkan saya glove..
And the miracle happen at the time i open the 'lovely book'..
"Buku pinjaman peralatan"

When I opened the book, where i had to put my name right there,
I saw his name..

FAheem Tahir..
And  I have the opportunity to write my name under his name..

ngiahahahhahaha
I was so damn happy until now..
Bercakap pun cam org da xbetul..
huhuhu

Mintak maaf la kalau entry ni cam org jakun.. tapi, bagi saya, ini saat yang paling memorable in my life because this is the first time after 4 years.. Befor ethis we are far apart..not in the same university.. T.T
bukan senang nak dapat memori yang berharga macam ni walaupun hanya dapat menulis nama saya di bawah namanya.. (n_n)

.....................

My Love Is Having A good Day Today ~ His Graduation Day


To, 'you'

From, "mE"

Hi... Salam.. How are you doing? Im sure you are so happy in facing the greatest day today since today is your graduation day.. I actually wanna be there with you and I really want to stand right in front of the main hall doors, holding a bunch of flowers, with my natural beauty face (im sorry, im getting my self into blush..even i know im not pretty as Hanis Zalika, nor Siti Nurhaliza but still I have to thank you for loving me until today..), waiting for you out through the open doors, and watch you walk handsomely to me with your big smile on your chubby cheeks.. And say..

"Congratulations on your hard work  this whole time until you manage to stand here, holding the transcript (hmm actually i know that it was an empty transcript) , and..and.. and.. you look so handsome today..Honestly, you are.."

Trust me , I really want to say that to you and then give you the bunch of flowers. Its not that "LoVE" flowers, but it is a "congratulations + LoVe" flowers, special on your graduation day.

My dream and my hope , is to see you success in your life..especially today.
Im sorry for not being there with you right now..


You must be so handsome today..probably you are looking like this?  (n_n) wooowwwww... (O_O)

08 Oktober, 2010

Blog Zack Zulkhairi Realiti Konspirasi

Zassss!!! Bertemu kita kembali Assalamualaikum dan apa khabar anda semua? Hai! Hai! Hai! Haha dah macam Aziz Desa pulak.. >.< 

Hari ini meh saya nak promote satu blog yang sangat best jugak. 
"Blog Realiti Konspirasi Zack Zukhairi".

Zack Zukhairi ni pun sama macam Hanis Zalika jugak. Femes wa cakap sama lu. Dia pon student gak tapi kalau tak silap nuuu kat jepon nuuu..huhu dasatt.. T.T Kalau Hanis terkenal dengan gaya persembahan menulis blog yang menarik dengan foto-fotonya yang cun melencun tu plus dengan tips dan iklan yang dia rajin bagi, tapi bagi Zack ni pulak, lain sedikit, Haaa Special die terletak pada idea lukisan + Romantik + Bombastik = I like!! Oke. cukup. hehe lebih2 kang saya tergedik lak. huhu T.T

Blog Zack ni ada lukisan2 comel yang ala..alahai....omey2 nya.. romantik sesangat.. ~(n_n)~
And also, celoteh die pon sempoi gak. seronok je bace. nak2 lagi die cite cmne life die kt jepunn nuu.. 
Hm citer banyak pun tak guna kalau korang tak tengok sendiri.
As conclusion, you all just click on the link, read and love it !!!

Come On!! click on it!! 

Jangan lupa LIKE di Facebook juga ya.. (n_n)


.................

06 Oktober, 2010

Jom Main Satu Game!!!


Bila dua orang sedang berbeza pendapat dan berbahas di antara satu sama lain, 
basically, they dont realized that actually they are playing game!!!

The game known as "water Vs. thread" , "Air Vs Benang"..

Game ni senang je. Tak caye, boleh cuba.. huhu Game ni tak kira berapa orang nak main. Nak main satu kampung pun boleh. haaa.. tgk hebat ke x hebat game ni.. Macam main kutu kan.?? haha tapi skrg kutu dah haram dr segi undang2 so xberani lah nk komen pape pasal ni. T.T

Mula-mula, Setiap orang akan pegang seutas benang. Benang tu di pegang  secara tegak diantara ibu jari dan jari telunjuk. Orang pertama yang akan memulakan game ini, adalah orang pertama yang menyimbah air kepada benang yang dipegang oleh salah seorang atau lebih mengikut siapa yang dia mahu serang. Then, orang yang disimbah benangnya tadi kena cepat-cepat cuba tegakkan semula benang yang dipegang supaya benang tu dapat berdiri tegak sepertimana pada keadaan asalnya semasa kering. Kalau lambat atau benang tu xdapat berdiri tegak semula, bermakna orang itu kalah di dalam game. Haaaa..sebab tu kene cepat-cepat bagi benang tu berdiri tu tegak balik. Tapi kalau tak boleh jugak, kene cepat-cepat balas simbah air pada orang yang menyimbah mula-mula tadi. Supaya dua-dua kalah dan seri. Memang sangat-sangat susah main game ni!!! kalau tak caya pergi cuba!! kompem semua kalah!! takdak yang menang punya.. Cuma ada satu cara je nak menang dalam game ni.. Iaitu, semua orang kene tahan diri dari menyimbah air kat benang orang lain..  Maka dengan itu, semua player akan sama-sama menang. 

Haaa.. amacam? senangkan nak main game ni? 
Mari kita praktiskan sebaik mungkin game ni!!

P/s : Harap2 anda faham ape maksud tersurat yang saya suratkan di dalam post ini.. =)

05 Oktober, 2010

Lagu Tema Lagenda Budak Setan

Bila Cinta - Gio



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
  uuuu..
Dalam Harapan

04 Oktober, 2010

Hanis Zalika


Kalau hari itu saya promote tentang selendang dari boutique online, ISABELLE BOUTIQUE, tapi hari ini sedikit berbeza.. hehe bukan berbeza ape pun.. cuma kali ini saya mahu mempromote blog yang famous.. Woow!! hehe

Hanis Zalika..

Rasanya nama ni memang dah terkenal di kalangan bloggers.. Siapa Hanis Zalika..? haaa.. kalau nak tahu, Hanis Zalika ni, student gak macam kita2 ni.. Masih menuntut di UiTM.. Seorang model separuh masa dan pernah join rancangan realiti di TV3.. 
Blog dia, penuh dengan informasi. Ada tips-tips, and sometimes promote contest. Ayat-ayat yang digunakan di dalam blog cik Hanis ni juga sangat relax, sempoi dan selamba, hehe thats why i like to read her blog.. (n_n) Seriously, anda takkan boring baca post dia,(sebab ayat yang die guna sometimes ala-ala macam sedang bergosip.heheh) traffic blog dia pun sangat2 sesak, setiap entry ada je comment,.. wowww!!! memang femesss..... T.T (dengan nada cemburu..)

Blog Hanis Zalika ni memang sangat bagus untuk di jadikan contoh kepada blogger yang baru berjinak2 menulis blog sendiri.Bolehlah kalau nak belajar. Hanis ada selitkan satu post tentang tips kepada blogger baru, sila klik link kat bawah ni, 

Dan sesiapa yang mahu LIKE dia di facebook, silalah ke facebook and simply search for "Hanis Zalika"..

Mula-mula housemate saya asyik cerita je pasal blog Hanis ni, mula-mula buat tak tahu jela.. yelah, masa tu saya tak layan sangat benda-benda online ni, siapa Hanis Zalika tu pun tak tahu.. tapi when the first time i read her blog, memang sangat tertarik tuk baca lagi dan lagi dan lagi.. sebab ayat2 dia memang sometimes tak leh blah.. >.< huhu memang sempoi.. Saya bukanlah terlalu taksub atau wowww!! Hanis Zalika!! no..its not like that.. I just feel kagum dengan apa yang dia share.. And after I read her blog, tiba-tiba terpasang niat tuk buat satu blog tolong promosikan orang lain.. takpe, even nuffnang xmo bayar upah saya buh iklan die pun xpe..its ok.. because when something we do with ikhlas, insyaAllah, we'll happy on everything we do.. 

So, for thus who want to promote her blog or site just feel free to leave a message in my chat box.. just put your link pun ok..I dont mind at all, as long as apa yang you want to promote tu, halal ok.. =) 
And of course, I will open your link and observe how far your commitment with your blog or bisnes.. and after i cnfirm that, I will promote yours as I promote others.. (n_n)