Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 September, 2010

Cinta Di Ladang Mr William



Bunyi ayam berkokok sahut menyahut diselangi dengan bunyi kicauan burung telah mengganggu tidur lena ku. Mataku terasa sungguh berat untuk dibuka. Uhhh..malasnya nk bangun.. Ngantuk lagi ni..huaaaarrggghhh.. mulutku terbuka luas menyedut dan menghembus kembali udara ketika sangap.. Mataku yang masih mengantuk, ku paksa juga meligat di dalam ruang yang gelap itu mencari tubuh suamiku, Robert dan juga anak-anakku, Anastasia dan Fernandez .. Mereka masih lagi nyenyak tidur di dalam selimut dingin subuh.. Dalam kepayahan, ku gagahkan juga memaksa keempat-empat kakiku untuk berdiri.. Lantas ku cium suami dan anak-anakku dengan penuh rasa kasih dan sayang.. Ini lah harta-hartaku yang paling berharga yang aku ada di ladang ini. Ibu, ayah serta kakakku sudah tiada lagi.. Mereka telah di bawa pergi oleh Mr William menaiki lori dan tidak pernah lagi kembali.. Manakala adikku pula, telah mati pada suatu subuh disebabkan diserang sakit tenat. Sudah banyak kali aku cuba untuk memberitahu Mr William bahawa adikku sedang sakit tenat malam itu.. Tetapi Mr William hanya mengetuk-ngetuk kuat pintu besi kamarku sambil memarahi aku kerana bising.. Aku terdiam dan hanya mampu baring di sisi adikku sambil menangis melihatnya menderita.. Dan pada subuh pagi itu, adikku sudah tiada lagi.. Dan pada hari ini, Robert, Anastasia dan Fernandez adalah segala-galanya bagi aku.. Akan ku jaga dan lindungi mereka walau apa pun yang terjadi. Ku berjanji!!

Anastasia dan Fernandez berlari-lari di sekitar ladang itu. Seronok hatiku melihat mereka gembira berlari kejar mengejar antara satu sama lain.. Angin yang sekali sekala bertiup lembut sedikit sebanyak membantu menyejukkan sedikit perit yang terasa di kulit kering ini yang telah hampir kontang dijilat kepanasan matahari.. Daun-daun kering berguguran jatuh apabila angin itu bertiup.. Anastasia dan Fernandez berebut-rebut menangkap daun-daun kering yang berterbangan itu.. Robert pula masih lagi sibuk meragut rumput-rumput yang ada. Rangup.. Aku tersenyum melihat Robert.. Semakin hari semakin gendut perut nya.. Nak kata dia bunting, tidak mungkin.. kerana dia jantan.. Mungkin dia bahagia dengan kehidupannya memiliki diriku sebagai isterinya dan Anastasia dan Fernandez sebagai anak-anaknya.. Aku tersenyum sendirian...bangga.. Ku melihat keadaan sekeliling.. tenang.. Semua jiran dan kawan-kawanku juga sedang menikmati keindahan permandangan di ladang pada waktu itu. Anak-anak mereka juga sedang rancak bermain tidak henti-henti semenjak dari pagi tadi.. Tanpa disedari, sebuah lori besar telah memasuki jalan ke ladang ini. Bunyi enjinnya yang menderum kuat telah menghentikan kerancakan anak-anak kami bermain. Semua mata beralih ke arah lori besar itu. Setelah lori itu berhenti, pemandunya turun dan berjalan menghampiri Mr William yang sedang menunggu di bangsal. Mereka kemudiannya tergelak. Seketika kemudian, mereka melihat ke arah Robert, tersenyum dan kepala mereka terangguk-angguk. Mereka seperti sedang merancanakan sesuatu. Yang pastinya, kami semua tidak senang dengan kehadiran lelaki itu bersama lori nya kerana setiap kali lelaki itu datang bersama lori besar itu, hanya dua kemungkinan yang akan berlaku, sama ada salah seorang dari kami akan dibawa pergi ataupun...... Seekor lembu betina baru akan ditinggalkan bersama kami di bangsal di hujung ladang ini.. Lelaki itu kemudiannya berjalan kearah lori dan tidak berapa lama selepas itu, seekor lembu betina diturunkan dan diletakkan di hujung bangsal. Lembu betina itu sungguh cantik.. Bulunya yang bersih, coklat dan sedikit berkilat telah membuatkan ketenteraman hati semua lembu-lembu betina yang lain terganggu.. Seperti kilat, ingatanku kembali memutarkan segala memori duka yang pernah berlaku di ladang ini setiap kali ada lembu betina baru telah dibeli dan dibawa masuk ke ladang ini oleh Mr William.

Lembu betina pertama yang dibeli dan dibawa masuk ke ladang ini oleh Mr William adalah Dolly. Dolly memiliki raut wajah yang redup dan sangat comel. Bulunya putih dan kakinya sangat bersih. Mr William telah menempatkan Dolly di kamar Sam. Manakala isteri Sam, Jennifer dan anak-anaknya ditempatkan di sebuah kamar yang lain. Setiap malam Jennifer menangis dan tangisannya itu mengganggu tidur lena jirannya yang lain. Telah berminggu Sam dan Jennifer dipisahkan. Waktu Sam dan Dolly dilepaskan di ladang juga berlainan dengan waktu jennifer dan anak-anaknya dilepaskan. Sehingga suatu masa, akibat tidak tahan menanggung penderitaannya itu, Jennifer telah naik gila dan menanduk batang sebuah pokok yang sangat besar berkali-kali sehingga kepalanya berdarah. Jennifer tidak berhenti menanduk walaupun darah di kepalanya sudah mencurah-curah jatuh menitis ke tanah sehingga dia tidak mampu lagi berdiri dan dia terus rebah jatuh ke tanah. Tidak lama kemudian, Mr William datang dan malangnya Jennifer sudah mati..Sam pula langsung tidak pernah bertanya tentang Jennifer mahupun anak-anaknya.. Dia sangat bahagia mendapat pasangan baru yang sangat comel. Semenjak kematian ibu, anak-anak Jennifer tidak mahu menyusu sehinggakan menjadi terlalu kurus hingga tulang-tulang mereka tersembul keluar dan dapat dilihat betul-betul dibalik kulit. Tidak lama kemudian, anak-anak Jennifer juga mati kerana kelaparan..Mr William hanya mengucapkan perkatan yang sama berulang-ulang kali.. ”uiii..rugi..rugi..rugi...” sambil suaranya kedengaran teramat sedih.. mungkin Mr William mengucapkan takziah diatas kematian Jennifer dan anak-anaknya..mungkin.. Bahasa manusia ternyata amat sukar untuk difahami.. Hanya ekspresi muka sahaja yang dapat difahami oleh kami.. ya..mungkin Mr William sedih dengan kematian Jennifer dan anak-anak..oleh itu, dia mengucapkan takziah berulang kali..mungkin dia telah menyesal dengan tindakannya mengasingkan Sam dan Jennifer..mungkin..

Ternyata jangkaan kami salah.. Mr William tidak serik dengan tindakannya dahulu. Beberapa bulan selepas kematian Jennifer, Mr William membeli seekor lagi lembu betina.. Marie. Marie seekor lembu kacukan. Oleh itu, bentuk badannya sangat cantik. Matanya Bulat dan beralis lebat. Bulunya coklat kehitaman dan menjadi sedikit keperangan bila terkena cahaya matahari. Semua lembu jantan di ladang ini gilakannya. Lembu-lembu betina yang lain berasa terancam kecuali ibu kerana ayah baru sahaja dibawa pergi minggu lepas dan tidak pernah kembali lagi selepas itu. Aku pula hanyalah seekor lembu betina kecil pada waktu itu tetapi aku sudah mula memahami situasi yang sedang berlaku. Mr William tempatkan Marie di kamar Robbin. Tetapi pada kali ini, isteri Robbin iaitu Claire tidak diasingkan kamar. Claire sangat lega kerana tidak dipisahkan dari suaminya seperti yang dilakukan oleh Mr William pada Jennifer dulu. Robbin dan Claire memang mencintai di antara satu sama lain. Pada mulanya Robbin tidak begitu menghiraukan Marie. Dan Marie pula hanya duduk mengasingkan diri di dalam kamar itu. Marie pendiam dan tidak banyak bercakap. Semua lembu betina bencikan Marie seperti Dolly kerana mereka menganggap Dolly telah merampas Sam dari Jennifer. Lama-kelamaan, Marie menjadi murung dan jatuh sakit. Claire seekor lembu betina yang sangat baik.. Tetapi sayangnya dia masih lagi tidak mempunyai anak walaupun telah lama bersama dengan Robbin. Claire merasa simpati dengan Marie, dan akhirnya dia menemani Marie sewaktu Marie jatuh sakit sehinggalah Marie sembuh kembali. Hubungan mereka bertambah baik,begitu juga hubungan Marie dan Robbin.. Pernah juga kadang kala terlihat Marie dan Robbin berduaan di ladang tetapi Claire tidak ambil hati.. Mungkin ini peluang Robbin untuk memiliki anak seperti yang dia inginkan.. Claire tidak melatah.. Claire gembira bila mendapat tahu Marie bunting.. Pada mulanya hubungan mereka bertiga sangat rapat.. Tetapi setelah Marie melahirkan anak, Perhatian Robbin lebih banyak diberikan kepada Marie dan anaknya.. Claire mulai terasa dengan perubahan yang berlaku.. Robbin sudah tidak menghiraukannya lagi dan Robbin banyak meluangkan masa bersama Marie. Marie juga begitu.. Claire sangat menyesal dengan kebaikan yang telah dia berikan kepada Marie.. Tidak lama selepas itu, Claire telah dipindahkan ke kamar ibu, kakak, adik dan aku.. Claire juga menangis setiap malam seperti Jennifer dahulu.. Badannya yang dahulunya sangat berisi kini sudah mulai susut. Beberapa hari kemudian, sebuah lori telah membawa ibu dan Claire pergi. Aku , kakak dan adik merasa sangat sedih dan kerana itu kami amat bencikan Tuan William.

Setahun selepas itu, sebuah lori besar datang kembali dan kali ini lori itu membawa pergi kakakku dan meninggalkan pula seekor lembu betina yang dipanggil Nelly. Nelly juga lembu kacukan seperti Marie. Nelly juga turut dibenci oleh semua lembu betina di ladang itu termasuklah aku. Tambahan lagi kakak ku pula telah dibawa pergi oleh lori yang sama membawa Nelly kemari. Oleh kerana itu kebencianku menjadi lebih mendalam. Kini hanya tinggal aku dan adik tiada lagi ayah, ibu dan kakak.. Hanya Tuhan yang tahu kesedihan yang kami alami.. Nelly seekor lembu yang sangat baik.. Walaupun bulunya hitam tetapi dia masih menawan. Nelly ramah dan sangat mengambil berat tentang semua. Maka, ramailah lembu jantan yang jatuh terpikat dengan kebaikan Nelly itu. Nelly banyak kali menyuarakan isi hatinya bahawa dia tidak mahu merampas kebahagiaan yang telah ada.. Dia hanya mahu berkongsi kebahagiaan bersama. Dia tiada niat untuk merampas suami lembu betina yang lain. Kerana, ibunya dahulu telah ditinggalkan oleh ayahnya kerana seekor lembu betina cantik yang baru dibawa masuk oleh tuan lamanya. Maka, dia tidak mahu kami semua menganggap dirinya sama seperti lembu betina yang merampas ayahnya. Lama kelamaan kami semua dapat menerima kehadiran Nelly, dan Nelly tidak seperti lembu betina baru yang lain. Nelly baik.. Namun tidak semua diantara kami yang dapat menerima kehadiran Nelly dengan baik.. Qistina, dan kawan-kawannya tetap mengganggap Nelly juga seorang perampas seperti Marie dan Dolly. Mereka merancang sesuatu untuk menyingkirkan Nelly. Qistina mula menyedari sesuatu. Setiap kali lori besar datang, mereka akan membawa pergi lembu-lembu yang gemuk, atau pun lembu-lembu yang sudah matang dan hampir tua. Qistina tersenyum sendirian. Dia sudah mendapat tahu cara yang terbaik untuk menyingkirkan Nelly. Qistina mula berbaik-baik dengan Nelly. Setiap hari, Qistina akan mengajak Nelly tidur di kamarnya bersama dengan suaminya. Kononya, Qistina mahu berkongsi suami dengan Nelly. Setiap hari Qistina memberikan layanan yang baik pada Nelly. Dia membawa Nelly ke kawasan yang mempunyai rumput yang segar dan rangup. Qistina juga pura-pura tidak dapat menghabiskan makanan dedaknya dan mempelawa Nelly untuk tolong menghabiskannya. Cukup beberapa bulan, berat Nelly bertambah dengan mendadak. Sangkaan Qistina tepat bila suatu hari Nelly dibawa pergi oleh lori besar dan tidak pernah lagi kembali selepas itu. Puas hati Qistina kerana dia telah berjaya menyingkirkan Nelly dari hidupnya.
Lalat-lalat yang mengerumuni tubuh ku dari tadi masih sibuk berterbangan dan hinggap semula walaupun sudah letih aku mengibas ekorku untuk menghalau mereka. Ketidakselesaan yang mereka wujudkan telah mengganggu lamunanku tadi. Aku memandang Robert yang masih lagi meragut rumput.. Robert lembu jantan yang paling muda di ladang ini. Robert telah dibawa masuk oleh Mr William pada 2 tahun lalu.. Tidak lama selepas kematian adikku, Mr robert menempatkan Robert di kamarku. Dan aku tahu, dialah bakal suamiku. Robert sangat baik dan menyayangi aku.. Matanya yang sentiasa penuh dengan rasa cinta ternampak terlalu ikhlas buatku.. Robert sentiasa ada disampingku setiap masa.. Robert selalu menjagaku dikala aku sakit dan tidak boleh tidur.. Sesungguhnya aku amat menyayangi dan mencintaimu Robert.. Aku bimbang dengan kehadiran lembu betina baru itu disini, akan merampas dirimu pergi dariku.. dan aku bimbang, suatu hari nanti, kau akan lupa dan tinggalkan aku sendirian bersama anak-anak.. aku tidak mampu untuk merasai itu semua..aku tidak dapat bayangkan jikalau nasibku menjadi seperti Jennifer.. Aku juga tidak mahu kau tinggalkan aku sepertimana Robbin meninggalkan Claire.. Atau perlukah aku bertindak seperti Qistina? Oh, Robert.. aku sangat bimbangkan dirimu.. Tidak hanya kerana dirampas oleh lembu betina lain, tetapi aku juga bimbang kau akan dibawa pergi oleh Mr William.. Qistina telah menceriatakn segala rancangan jahatnya kepadaku sebaik sahaja Nelly dibawa pergi. Tapi, betulkah Mr William akan membawa pergi dirimu jika berat kamu semakin bertambah dengan mendadak? Perlukah aku memberitahumu supaya berdiet? Apakah yang harus aku lakukan? Aku mahu melindungi dirimu agar kau selalu menjadi milikku. Jika aku terpaksa berlawan, aku akan berlawan. Jika aku terpaksa berkorban, aku akan berusaha sehabis apa yang aku mampu sebelum aku mengalah. Aku akan mempertahankan hubungan ini demi cinta kita Robert.. Ku amat mencin.....

Rosie..

Rosie..

Rosieeee...

Tersentak aku dari lamunanku yang melayan perasaanku terhadap Robert.. Robert menghampiriku dan menciumku..Seperti dia mengetahui dan memahami apa yang aku sedang fikirkan..Aku tersenyum melihatnya.. Wajahmu terlalu indah untuk aku tatapi, Robert, tetapi itulah yang aku inginkan disepanjang hidupku ini.. Ku ingin wajahmu ini menjadi milikku.. Mataku dan mata Robert saling berpautan.. Seperti ada ikatan tali kukuh yang meyakinkan diriku bahawa cinta yang kami jalinkan adalah suci dan terikat kuat.utuh. dan tidak longgar.

Perlahan Robert bisikkan di telingaku..

” Jangan bimbang sayang.. Aku kan selalu menjadi milikmu.. Percayakan diriku.. Ku mencintaimu seikhlas hatiku.. Aku akan cuba sedaya upayaku agar suatu hari nanti kita terpisah kerana ‘lori besar itu’ (ajal), bukannya kita terpisah kerana adanya lembu betina lain yang mengganggu mencelah di sebalik keindahan cinta kita..”

Aku terkejut mendengar luahan dari Robert.. Rupanya Robert dah tahu rahsia Qistina. Dan tanpa aku sedari, air mataku menitis.. Sesungguhnya.. memang benar kau adalah suamiku yang baik dan yang aku cintai seluruh jiwa dan ragaku…Semoga kasih kita berkekalan..


* Kalau dalam rutin harian lembu yang sebenar, cerita ni xbetul sangat. Mana ada lembu jantan sekor tu ada bini sorang je. Lembu jantan sekor tu dijadikan baka dan kahwin dengan almost seme betina yang ade dlm ladang tu kot. Tapi dalam satu ladang selalunya ada lembu jantan yang banyak jugakla.... maaf kalau information salah Actually, aku Cuma mahu relatedkan dengan kehidupan manusia yang macam ragam dalam alam cinta.. dan aku yakin semua orang pun sama juga, ingin memilki seseorang yang betul2 setia mencintai diri kita seadanya.. Wallahualam..

0 ulasan:

Catat Ulasan