Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 September, 2010

ISABELLE BOUTIQUE


Kali ni saya nak mempromote satu blog yang dikenali sebagai kedai maya yang digelar Isabelle Boutique. Blog ini diasaskan oleh seorang bekas pelajar Universiti Malaysia Perlis yang dikenali sebagai Nonie. Isabelle Boutique telah sah didaftarkan di bawah SSM. Ini bermakna, anda tidak perlu merasa ragu-ragu jika mahu membuat urusan jual beli dengan Isabelle Boutique. 


Isabelle Boutique menawarkan jualan selendang, tudung syria dan lain-lain. Dan yang terbaru, ala-ala gypsi yang ada juraian siput. Kind of cute jugak la.. Isabelle Boutique selalu menawarkan selendang dan tudung2 yang cantik dan yang terkini.. Bak kata orang mana2 fesyen yang baru tu adaaa laa kat isabelle boutique ni.. Korang memang takkan nyesal punya lah..












Antara yang dijual di Isabelle Boutique.Amacam? lawa2 kan?
Kan dah kata dah kat Isabelle Boutique ni memang lawa2, cantik2 macam2 design baru adaaaa...


Lagi satu saya berkenan sangat nak promote Isabelle Boutique atas satu sebab. Nonie sangat komited dengan Isabelle Boutique walaupun dia sekarang dah kerja. Dia selalu je reply komen dr facebook Isabelle Boutique ataupun dari blog Isabelle Boutique itu sendiri. KOMITED. KOMITMEN. ye. Itu yang saya nak yakinkan anda semua. Saya kenal Nonie. Die memang sangat komited dengan bisnes. So, korang takyah la risau order tak dilayan , or servis tak bagus or wat so ever because Nonie akan lakukan yang terbaik untuk customer die. Kecuali lah kalau anda melanggar peraturan urusan jual beli yang Nonie dah tetapkan, memangla korang akan di black list dan takkan dilayan lagi..so, sesiapa yang betul-betul serius mahu beli dari Isabelle Boutique, boleh lah melawat blog tersebut. 


So ape lagi, jomla kita shopiiiiing kat Isabelle Boutique!!!!
Jangan lupa add Isabelle Boutique di facebook juga!!

JOM Klik kat bawah ni..


http://isabell-boutique.blogspot.com/

Tolong Doakan Saya..


Actually, I've been realize something about my body condition lately.. It suddenly shows certain sympthoms yang boleh membuatkan diri sesiapa sahaja mulai rasa risau and maybe takut..

Actually the sympthoms was there in my body in a certain years but only now, I starting to worried and take this thing seriously..

Before this,I thought it was normal..unfortunately, after I meet this nenek who I need her to massage my back to save me from the pain I get from the incident where I accidently terbaring dalam bilik mandi..my bad.. And during the massage, she also 'check overthere' and again,...check.. and double check.. and she gave me a something seriously advice on it.. (im sorry if my language is very confusing now.. because my mind cannot focus at all)

Only after that, I realized that the pain 'overthere' is much more longer than usual.. and the sympthom which I had met before, hmm.. I.. I.. I am afraid.. And I just need support from everyone.. And I hope the 'pain' isnt that SERIOUS...

Amin..

28 September, 2010

Cinta Di Ladang Mr William



Bunyi ayam berkokok sahut menyahut diselangi dengan bunyi kicauan burung telah mengganggu tidur lena ku. Mataku terasa sungguh berat untuk dibuka. Uhhh..malasnya nk bangun.. Ngantuk lagi ni..huaaaarrggghhh.. mulutku terbuka luas menyedut dan menghembus kembali udara ketika sangap.. Mataku yang masih mengantuk, ku paksa juga meligat di dalam ruang yang gelap itu mencari tubuh suamiku, Robert dan juga anak-anakku, Anastasia dan Fernandez .. Mereka masih lagi nyenyak tidur di dalam selimut dingin subuh.. Dalam kepayahan, ku gagahkan juga memaksa keempat-empat kakiku untuk berdiri.. Lantas ku cium suami dan anak-anakku dengan penuh rasa kasih dan sayang.. Ini lah harta-hartaku yang paling berharga yang aku ada di ladang ini. Ibu, ayah serta kakakku sudah tiada lagi.. Mereka telah di bawa pergi oleh Mr William menaiki lori dan tidak pernah lagi kembali.. Manakala adikku pula, telah mati pada suatu subuh disebabkan diserang sakit tenat. Sudah banyak kali aku cuba untuk memberitahu Mr William bahawa adikku sedang sakit tenat malam itu.. Tetapi Mr William hanya mengetuk-ngetuk kuat pintu besi kamarku sambil memarahi aku kerana bising.. Aku terdiam dan hanya mampu baring di sisi adikku sambil menangis melihatnya menderita.. Dan pada subuh pagi itu, adikku sudah tiada lagi.. Dan pada hari ini, Robert, Anastasia dan Fernandez adalah segala-galanya bagi aku.. Akan ku jaga dan lindungi mereka walau apa pun yang terjadi. Ku berjanji!!

Anastasia dan Fernandez berlari-lari di sekitar ladang itu. Seronok hatiku melihat mereka gembira berlari kejar mengejar antara satu sama lain.. Angin yang sekali sekala bertiup lembut sedikit sebanyak membantu menyejukkan sedikit perit yang terasa di kulit kering ini yang telah hampir kontang dijilat kepanasan matahari.. Daun-daun kering berguguran jatuh apabila angin itu bertiup.. Anastasia dan Fernandez berebut-rebut menangkap daun-daun kering yang berterbangan itu.. Robert pula masih lagi sibuk meragut rumput-rumput yang ada. Rangup.. Aku tersenyum melihat Robert.. Semakin hari semakin gendut perut nya.. Nak kata dia bunting, tidak mungkin.. kerana dia jantan.. Mungkin dia bahagia dengan kehidupannya memiliki diriku sebagai isterinya dan Anastasia dan Fernandez sebagai anak-anaknya.. Aku tersenyum sendirian...bangga.. Ku melihat keadaan sekeliling.. tenang.. Semua jiran dan kawan-kawanku juga sedang menikmati keindahan permandangan di ladang pada waktu itu. Anak-anak mereka juga sedang rancak bermain tidak henti-henti semenjak dari pagi tadi.. Tanpa disedari, sebuah lori besar telah memasuki jalan ke ladang ini. Bunyi enjinnya yang menderum kuat telah menghentikan kerancakan anak-anak kami bermain. Semua mata beralih ke arah lori besar itu. Setelah lori itu berhenti, pemandunya turun dan berjalan menghampiri Mr William yang sedang menunggu di bangsal. Mereka kemudiannya tergelak. Seketika kemudian, mereka melihat ke arah Robert, tersenyum dan kepala mereka terangguk-angguk. Mereka seperti sedang merancanakan sesuatu. Yang pastinya, kami semua tidak senang dengan kehadiran lelaki itu bersama lori nya kerana setiap kali lelaki itu datang bersama lori besar itu, hanya dua kemungkinan yang akan berlaku, sama ada salah seorang dari kami akan dibawa pergi ataupun...... Seekor lembu betina baru akan ditinggalkan bersama kami di bangsal di hujung ladang ini.. Lelaki itu kemudiannya berjalan kearah lori dan tidak berapa lama selepas itu, seekor lembu betina diturunkan dan diletakkan di hujung bangsal. Lembu betina itu sungguh cantik.. Bulunya yang bersih, coklat dan sedikit berkilat telah membuatkan ketenteraman hati semua lembu-lembu betina yang lain terganggu.. Seperti kilat, ingatanku kembali memutarkan segala memori duka yang pernah berlaku di ladang ini setiap kali ada lembu betina baru telah dibeli dan dibawa masuk ke ladang ini oleh Mr William.

Lembu betina pertama yang dibeli dan dibawa masuk ke ladang ini oleh Mr William adalah Dolly. Dolly memiliki raut wajah yang redup dan sangat comel. Bulunya putih dan kakinya sangat bersih. Mr William telah menempatkan Dolly di kamar Sam. Manakala isteri Sam, Jennifer dan anak-anaknya ditempatkan di sebuah kamar yang lain. Setiap malam Jennifer menangis dan tangisannya itu mengganggu tidur lena jirannya yang lain. Telah berminggu Sam dan Jennifer dipisahkan. Waktu Sam dan Dolly dilepaskan di ladang juga berlainan dengan waktu jennifer dan anak-anaknya dilepaskan. Sehingga suatu masa, akibat tidak tahan menanggung penderitaannya itu, Jennifer telah naik gila dan menanduk batang sebuah pokok yang sangat besar berkali-kali sehingga kepalanya berdarah. Jennifer tidak berhenti menanduk walaupun darah di kepalanya sudah mencurah-curah jatuh menitis ke tanah sehingga dia tidak mampu lagi berdiri dan dia terus rebah jatuh ke tanah. Tidak lama kemudian, Mr William datang dan malangnya Jennifer sudah mati..Sam pula langsung tidak pernah bertanya tentang Jennifer mahupun anak-anaknya.. Dia sangat bahagia mendapat pasangan baru yang sangat comel. Semenjak kematian ibu, anak-anak Jennifer tidak mahu menyusu sehinggakan menjadi terlalu kurus hingga tulang-tulang mereka tersembul keluar dan dapat dilihat betul-betul dibalik kulit. Tidak lama kemudian, anak-anak Jennifer juga mati kerana kelaparan..Mr William hanya mengucapkan perkatan yang sama berulang-ulang kali.. ”uiii..rugi..rugi..rugi...” sambil suaranya kedengaran teramat sedih.. mungkin Mr William mengucapkan takziah diatas kematian Jennifer dan anak-anaknya..mungkin.. Bahasa manusia ternyata amat sukar untuk difahami.. Hanya ekspresi muka sahaja yang dapat difahami oleh kami.. ya..mungkin Mr William sedih dengan kematian Jennifer dan anak-anak..oleh itu, dia mengucapkan takziah berulang kali..mungkin dia telah menyesal dengan tindakannya mengasingkan Sam dan Jennifer..mungkin..

Ternyata jangkaan kami salah.. Mr William tidak serik dengan tindakannya dahulu. Beberapa bulan selepas kematian Jennifer, Mr William membeli seekor lagi lembu betina.. Marie. Marie seekor lembu kacukan. Oleh itu, bentuk badannya sangat cantik. Matanya Bulat dan beralis lebat. Bulunya coklat kehitaman dan menjadi sedikit keperangan bila terkena cahaya matahari. Semua lembu jantan di ladang ini gilakannya. Lembu-lembu betina yang lain berasa terancam kecuali ibu kerana ayah baru sahaja dibawa pergi minggu lepas dan tidak pernah kembali lagi selepas itu. Aku pula hanyalah seekor lembu betina kecil pada waktu itu tetapi aku sudah mula memahami situasi yang sedang berlaku. Mr William tempatkan Marie di kamar Robbin. Tetapi pada kali ini, isteri Robbin iaitu Claire tidak diasingkan kamar. Claire sangat lega kerana tidak dipisahkan dari suaminya seperti yang dilakukan oleh Mr William pada Jennifer dulu. Robbin dan Claire memang mencintai di antara satu sama lain. Pada mulanya Robbin tidak begitu menghiraukan Marie. Dan Marie pula hanya duduk mengasingkan diri di dalam kamar itu. Marie pendiam dan tidak banyak bercakap. Semua lembu betina bencikan Marie seperti Dolly kerana mereka menganggap Dolly telah merampas Sam dari Jennifer. Lama-kelamaan, Marie menjadi murung dan jatuh sakit. Claire seekor lembu betina yang sangat baik.. Tetapi sayangnya dia masih lagi tidak mempunyai anak walaupun telah lama bersama dengan Robbin. Claire merasa simpati dengan Marie, dan akhirnya dia menemani Marie sewaktu Marie jatuh sakit sehinggalah Marie sembuh kembali. Hubungan mereka bertambah baik,begitu juga hubungan Marie dan Robbin.. Pernah juga kadang kala terlihat Marie dan Robbin berduaan di ladang tetapi Claire tidak ambil hati.. Mungkin ini peluang Robbin untuk memiliki anak seperti yang dia inginkan.. Claire tidak melatah.. Claire gembira bila mendapat tahu Marie bunting.. Pada mulanya hubungan mereka bertiga sangat rapat.. Tetapi setelah Marie melahirkan anak, Perhatian Robbin lebih banyak diberikan kepada Marie dan anaknya.. Claire mulai terasa dengan perubahan yang berlaku.. Robbin sudah tidak menghiraukannya lagi dan Robbin banyak meluangkan masa bersama Marie. Marie juga begitu.. Claire sangat menyesal dengan kebaikan yang telah dia berikan kepada Marie.. Tidak lama selepas itu, Claire telah dipindahkan ke kamar ibu, kakak, adik dan aku.. Claire juga menangis setiap malam seperti Jennifer dahulu.. Badannya yang dahulunya sangat berisi kini sudah mulai susut. Beberapa hari kemudian, sebuah lori telah membawa ibu dan Claire pergi. Aku , kakak dan adik merasa sangat sedih dan kerana itu kami amat bencikan Tuan William.

Setahun selepas itu, sebuah lori besar datang kembali dan kali ini lori itu membawa pergi kakakku dan meninggalkan pula seekor lembu betina yang dipanggil Nelly. Nelly juga lembu kacukan seperti Marie. Nelly juga turut dibenci oleh semua lembu betina di ladang itu termasuklah aku. Tambahan lagi kakak ku pula telah dibawa pergi oleh lori yang sama membawa Nelly kemari. Oleh kerana itu kebencianku menjadi lebih mendalam. Kini hanya tinggal aku dan adik tiada lagi ayah, ibu dan kakak.. Hanya Tuhan yang tahu kesedihan yang kami alami.. Nelly seekor lembu yang sangat baik.. Walaupun bulunya hitam tetapi dia masih menawan. Nelly ramah dan sangat mengambil berat tentang semua. Maka, ramailah lembu jantan yang jatuh terpikat dengan kebaikan Nelly itu. Nelly banyak kali menyuarakan isi hatinya bahawa dia tidak mahu merampas kebahagiaan yang telah ada.. Dia hanya mahu berkongsi kebahagiaan bersama. Dia tiada niat untuk merampas suami lembu betina yang lain. Kerana, ibunya dahulu telah ditinggalkan oleh ayahnya kerana seekor lembu betina cantik yang baru dibawa masuk oleh tuan lamanya. Maka, dia tidak mahu kami semua menganggap dirinya sama seperti lembu betina yang merampas ayahnya. Lama kelamaan kami semua dapat menerima kehadiran Nelly, dan Nelly tidak seperti lembu betina baru yang lain. Nelly baik.. Namun tidak semua diantara kami yang dapat menerima kehadiran Nelly dengan baik.. Qistina, dan kawan-kawannya tetap mengganggap Nelly juga seorang perampas seperti Marie dan Dolly. Mereka merancang sesuatu untuk menyingkirkan Nelly. Qistina mula menyedari sesuatu. Setiap kali lori besar datang, mereka akan membawa pergi lembu-lembu yang gemuk, atau pun lembu-lembu yang sudah matang dan hampir tua. Qistina tersenyum sendirian. Dia sudah mendapat tahu cara yang terbaik untuk menyingkirkan Nelly. Qistina mula berbaik-baik dengan Nelly. Setiap hari, Qistina akan mengajak Nelly tidur di kamarnya bersama dengan suaminya. Kononya, Qistina mahu berkongsi suami dengan Nelly. Setiap hari Qistina memberikan layanan yang baik pada Nelly. Dia membawa Nelly ke kawasan yang mempunyai rumput yang segar dan rangup. Qistina juga pura-pura tidak dapat menghabiskan makanan dedaknya dan mempelawa Nelly untuk tolong menghabiskannya. Cukup beberapa bulan, berat Nelly bertambah dengan mendadak. Sangkaan Qistina tepat bila suatu hari Nelly dibawa pergi oleh lori besar dan tidak pernah lagi kembali selepas itu. Puas hati Qistina kerana dia telah berjaya menyingkirkan Nelly dari hidupnya.
Lalat-lalat yang mengerumuni tubuh ku dari tadi masih sibuk berterbangan dan hinggap semula walaupun sudah letih aku mengibas ekorku untuk menghalau mereka. Ketidakselesaan yang mereka wujudkan telah mengganggu lamunanku tadi. Aku memandang Robert yang masih lagi meragut rumput.. Robert lembu jantan yang paling muda di ladang ini. Robert telah dibawa masuk oleh Mr William pada 2 tahun lalu.. Tidak lama selepas kematian adikku, Mr robert menempatkan Robert di kamarku. Dan aku tahu, dialah bakal suamiku. Robert sangat baik dan menyayangi aku.. Matanya yang sentiasa penuh dengan rasa cinta ternampak terlalu ikhlas buatku.. Robert sentiasa ada disampingku setiap masa.. Robert selalu menjagaku dikala aku sakit dan tidak boleh tidur.. Sesungguhnya aku amat menyayangi dan mencintaimu Robert.. Aku bimbang dengan kehadiran lembu betina baru itu disini, akan merampas dirimu pergi dariku.. dan aku bimbang, suatu hari nanti, kau akan lupa dan tinggalkan aku sendirian bersama anak-anak.. aku tidak mampu untuk merasai itu semua..aku tidak dapat bayangkan jikalau nasibku menjadi seperti Jennifer.. Aku juga tidak mahu kau tinggalkan aku sepertimana Robbin meninggalkan Claire.. Atau perlukah aku bertindak seperti Qistina? Oh, Robert.. aku sangat bimbangkan dirimu.. Tidak hanya kerana dirampas oleh lembu betina lain, tetapi aku juga bimbang kau akan dibawa pergi oleh Mr William.. Qistina telah menceriatakn segala rancangan jahatnya kepadaku sebaik sahaja Nelly dibawa pergi. Tapi, betulkah Mr William akan membawa pergi dirimu jika berat kamu semakin bertambah dengan mendadak? Perlukah aku memberitahumu supaya berdiet? Apakah yang harus aku lakukan? Aku mahu melindungi dirimu agar kau selalu menjadi milikku. Jika aku terpaksa berlawan, aku akan berlawan. Jika aku terpaksa berkorban, aku akan berusaha sehabis apa yang aku mampu sebelum aku mengalah. Aku akan mempertahankan hubungan ini demi cinta kita Robert.. Ku amat mencin.....

Rosie..

Rosie..

Rosieeee...

Tersentak aku dari lamunanku yang melayan perasaanku terhadap Robert.. Robert menghampiriku dan menciumku..Seperti dia mengetahui dan memahami apa yang aku sedang fikirkan..Aku tersenyum melihatnya.. Wajahmu terlalu indah untuk aku tatapi, Robert, tetapi itulah yang aku inginkan disepanjang hidupku ini.. Ku ingin wajahmu ini menjadi milikku.. Mataku dan mata Robert saling berpautan.. Seperti ada ikatan tali kukuh yang meyakinkan diriku bahawa cinta yang kami jalinkan adalah suci dan terikat kuat.utuh. dan tidak longgar.

Perlahan Robert bisikkan di telingaku..

” Jangan bimbang sayang.. Aku kan selalu menjadi milikmu.. Percayakan diriku.. Ku mencintaimu seikhlas hatiku.. Aku akan cuba sedaya upayaku agar suatu hari nanti kita terpisah kerana ‘lori besar itu’ (ajal), bukannya kita terpisah kerana adanya lembu betina lain yang mengganggu mencelah di sebalik keindahan cinta kita..”

Aku terkejut mendengar luahan dari Robert.. Rupanya Robert dah tahu rahsia Qistina. Dan tanpa aku sedari, air mataku menitis.. Sesungguhnya.. memang benar kau adalah suamiku yang baik dan yang aku cintai seluruh jiwa dan ragaku…Semoga kasih kita berkekalan..


* Kalau dalam rutin harian lembu yang sebenar, cerita ni xbetul sangat. Mana ada lembu jantan sekor tu ada bini sorang je. Lembu jantan sekor tu dijadikan baka dan kahwin dengan almost seme betina yang ade dlm ladang tu kot. Tapi dalam satu ladang selalunya ada lembu jantan yang banyak jugakla.... maaf kalau information salah Actually, aku Cuma mahu relatedkan dengan kehidupan manusia yang macam ragam dalam alam cinta.. dan aku yakin semua orang pun sama juga, ingin memilki seseorang yang betul2 setia mencintai diri kita seadanya.. Wallahualam..

22 September, 2010

22 September 2010. Genap 23 tahun 9 hari.

I

Rasanya, macam baru tahun lepas aku naik moto yamaha merah ngan mak aku ngan kak aku pagi2.mak ngan kakak aku g skolah. mak aku anta aku g taska. sejuukkk.. aku masih ingat lagi mak aku main dagu vibrate kt atas kepala aku..kononnye, gigil kesejukan..aku pun pecah gelak manja..geli rasanya ade vibrate kt kepala aku.. 

Seingat aku, macam baru tahun lepas aku lukis gamba nenas kat depan papan itam kat tadika. Dan ada seorang budak pompuan marah aku, yeke nenas macam tu.??sambil mata dia jeling tak puas ati.. Rupanya, budak tu lah kawan baik aku masa aku skolah menengah.. siapa sangkakan? dunia ni kecik je..bumi yang kita nampak ni hanya sebahagian harta Allah.. Ada banyak lagi yang kita xnampak yang ada di luar kawasan bima sakti.. 

Dan kalau tak silap, macam baru tahun lepas jugak cikgu aku tempekkan tanah liat kat dahi aku sebab aku kene sengat tebuan tanah masa main gelongsor time rehat kat tadika.. Tapi kenapa hari ni aku dah berumur 23 tahun? sedangkan aku rasa macam baru tahun lepas aku berumur 5 tahun???

II

Kalau tak silap aku, baru bulan lepas, aku  dapat adik.. comel.. aku suke dekatkan kepala aku kat die..nant mata dia terkedip2 geli kene rambut aku yang tak terurus masa tu..memang serabai.. maklumlah..umo aku kan baru 7 tahun.. Aku ingat lagi. Malam tu, kat umah atok.. tibe2 mak jerit.. aku lari g dapur.. aku tengok baju ngandung putih mak aku dah basah. Aku tengok je..sbb aku terpikir, kenapa mak terkencing pastu pegang dinding kuat2? pastu trus naik kete honda abah.. 

Kite nk gi mane ni bah?

Gi hospital.. 

kenape? sape sakit??

Umi... umi nak bersalin..nant dapat adik.. 

Oh

Aku pun diam. terkebil2.. ade adik? hmm blurr..

Adik ida, cpatla doakan adik yang nk keluar ni.. sihat ke, ape ke..

Oh.yelah.

Aku pun diam. Angkat tangan doa. Mata aku pejam rapat. khusyuk aku doa..

Ya Allah.. aku nak doa.. Adik aku nak keluar.. Aku doa biarlah adik aku sihat.. comel.. tak cacat.. aminnnn

Adik doa ape?
Adik doa biar adik kuar nant tak cacat. 

Pandainye anak abah..

Aku nampak mak senyum.. aku pun senyum gak..

Lama aku tunggu kat luar hospital tu.. penat aku main kat longkang. 

Lamanya bah..

memangla lama..nnt keluar la tu..

oooo..lama eh bah?

a'ah..mak tengah sakit tu..

oooo..

xlama lepas tu , aku tido dalam kete ngan bantal bucuk yang abah bawak.. bantal tu ada line kotak2..line merah ngan biru..nyenyak.. dan bangun pagi tu, aku nampak abah azan kat tinga 'nanang' ..

Tapi kenapa??? Bukan ke baru bulan lepas semua tu berlaku? kenpa sekarang adik aku da besar? da tinggi? da tingkatn 4??? kenapa aku dah 23 tahun???

III

Aku ingat lagi, kalau tak silap, rasanya baru minggu lepas aku kayuh basikal pagi2 dengan yan.. Laju.. sebab dah lambat g skolah.. Aku mmg ske bangun lambat.. Sampai sekolah, aku parking tepi, aku tunggu kat gate. sape lambat lepas bunyi loceng, aku tulis nama. rasa poyo pun ada jugak. xsedar diri sndiri pon lambat..cuma awal skit je 30 saat sbelum loceng bunyi..

Rasanya baru minggu lepas aku dapat result PMR, hari tu, mak ngan abah demam.. abah teruk sgt..xboleh bangun.. Masa tu, mak tengah basuh baju kat dapur.. 

 Aku hulur result kat mak. Pastu mak gembira dan lari ke bilik abah.. abah pun ketawa.. happy nya mereka masa tu. Bertubi2 ciuman aku dapat.. bahagianya rasa.. Setiap kali ingat saat ni, mesti air mata bertakung kt mata ni.. Akan aku ingat sampai bila2 wajah mak ngan abah yang gembira masa tu.. Aku pasang niat dihatiku dan aku selalu berdoa agar aku diberi kesempatan lagi tuk lihat wajah gembira mereka seperti hari itu.. Dan aku akan berusaha sebaik mungkin utk mereka.. InsyaAllah..

Tapi, kan ke baru minggu lepas aku 15 tahun. Kenapa hari ni dah 23 tahun???


IV

Ada banyak lagi memori yang aku ingat. Baru 3 hari lepas aku baru habis matrix dan keje jadi cikgu komputer kt pontian. Ada 4-5 orang student yang aku ajar. Salah seorang dr mereka, orang myanmar.. keje kt kilang K****m. First time mengajar bahasa inggeris. berbelit gak lidah aku. Tapi aku solute org myanmar tu. Sanggup melabur gaji die tuk bayar yuran blaja komputer.. Dan dia boleh berbahasa ingeris walaupun broken. aku sebagai cikgunya pun guna pakai broken english. memang kene buku dengan ruas. akhirnya, aku ajar dlm bahasa inggeris, die tulis nota dalam tulisan myanmar.. pastu aku cek balik nota dia, baru aku sedar aku buta huruf dengan tulisan myanmar..terbaikk!!!

Lepas tu rasanya macam baru beberapa hari je aku kenal dengan faheem.. Masih ingat lagi.. waktu tu aku baru habis mengajar.. Aku dapat call dari faheem sekaligus membawa berita gembira.. Ternyata bukan berita untuk memperisterikan aku, tetapi berita gembira yang lain.. sudah tentu lah kan?.. Dan akhirnya aku menjerit sewaktu mendengar die melafazkan perkataan2 itu..

"PERLIS???""

Ye..tak lama lepas tu aku sudah berada di Perlis.. Antara orang-orang pertama yang aku berbual adalah, Cha, Shamala, Vinod, Chee Kwong, Kah Leong, You How dan Dol. Rasenya macam baru kelmarin aku mula kenal dgn yang lain2, whish is almost 250 peoples in my university..including my classmate, hsmate, lecturers, technician, and others..

Dan aku xpercaya 4 tahun tu sekejap je. Dan rasanya macam baru semalam aku dan kawan2 aku grad. Kenapa cepat sangat masa berlalu.???? Dan kini umurku sudah 23 tahun????
Alhamdulillah.. aku dapat merasai kehidupan selama 23 tahun dibawah segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan.. 

V

22 September 2010.. Di dalam sebuah bilik yang sejuk, di satu sudut di antara dua belah pintu, dengan menyarung sweater hijau milik insan tersayangku dr dulu hingga kini dan insyaAllah untuk selamanya, sambil kakiku duk bersimpuh di atas kerusi biru empuk, dan jari ku mengetuk2 papan kekunci yang hanya bisa berbahasa tap tap tap, jiwaku menerawang jauh mengingati kembali segala memori yang aku miliki dari aku kecil hingga umurku kini mencecah 23 tahun.. Sangat bersyukur kerana aku masih hidup.. dan masih mempunyai segala ingatan.. Syukurnya aku ats segalanya.. Alhamdulillah..

JIwaku kembali menerawang..mataku tajam merenung skrin laptop sambil memikirkan tentang sesuatu..

"Bagaimanakah perjalanan hidupku selepas ini....?"

The Elders.



Sometimes I always get into confuse with myself regarding on how to getting socializes with others, especially with the elders. There are some kind of people who is naturally pendiam and seldomly talk with the new people they meet. But at least, they are kindly, politely smile to them. But unfortunately, the smile was not enough to the elders that they might think that you are arrogant.. T.T huhu. The elders here means orang yang berumur la.. Let me tell you something.. Firstly, I am not good enough in giving any comment about this.. But one thing you should know, the elders is kindly very sensitive and they want the youngers to respect them.. yes.. respect.. By saying, 'pakcik...' with a small smile, is just simply enough to give a satisfaction in their heart.. Even you are pendiam and seldomly having a simple conservation with the elders,its ok..try harder to try.. =) Why we should respect and love the elders? Because they give birth of us. Because they raise us with love. Because they give us education and knowledge. Fire is hot. Ice is cold. But it doesnt mean that we only need to respect our parents. Who is your teachers? A 6 years old girl teaching you chemist when you are in form 4? No. An adults who is much more elder than you, teach you, and give you the knowledge.Yes..the elders. Yesterday, we was kids. Today, we are teenagers. And tomorow we'll be the elders.If today we dont know how to respect the elders, then how are we going to teach our children to respect us.And of course at that time, we are the elders to them. Hmm lets think before its too late..