Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Julai, 2010


FACEBOOK BAHAYA TAWWWW !!!
Siapa ade facebook?? Angkat tangan!! hmm rasanya soalan ni memang sangat-sangat tidak pratikal untuk ditanya pada zaman yang serba canggih ini. Okeh, skali lagi tanya, Siapa yang ada facebook?? angkat kaki!!! owkeh, now, you all yang baca pun, of course mengangkat kaki tetikus anda menuju ke arah "close wondow". Oopp! Jap!! Kalau anda rasa entry ni tak berguna dan Ahhhh.. buang masa je baca!! , nanti dulu, baca bagi habis dulu okeh. Info ni sangat berguna bagi manusia sejagat yang berkawan dengan komputer. okeh, bukan dengan komputer , tapi 'orang-orang' yang duduk menghadap skrin komputer.

Tahu tak anda dah macam-macam jenayah siber telah dilakukan pada masa kini. Memanglah sekarang ni semua orang petik jari, tinggi batang hidung, bangga dengan teknologi yang ada. TEKNOLOGI DI HUJUNG JARI. yaaa... tapi AWAS !! JENAYAH juga kini berada di hujung jari 'mereka'. Dalam akhbar dah tertulis berbagai-bagai kes jenayah yang melibatkan FACEBOOK. kes bunuh, kes penipuan, kes penyamaran, tak pasal-pasal, kononnya bercinta 'moden' tapi dalam sekelip mata duit hilang berpuluh ribu. Baru kes duit. Tak cerita lagi tentang kes di rogol, dan dibunuh oleh rakan dari FACEBOOK. 
Tahu apa punca semua ni??
Anda sendiri !! 
Awasi setiap perkara yang anda 'dedahkan' di FACEBOOK. 
Jangan dedahkan nombor phone, alamat, nombor plat kenderaan dan apa-apa lagi yang PRIVATE. 
Dan jangan terlalu mendedahkan segalanya tentang perihal aktiviti harian anda di FACEBOOK.

 

0 ulasan:

Catat Ulasan