Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Mei, 2010

SPAGHETTI SATAY GORENG NANANG

BAHAN-BAHAN :
(Hidangan untuk 3 orang)
  1. mee spaghetti 1/2 peket
  2. minyak masak
  3. bawang besar, bawang putih (dalam nisbah 3:1)
  4. cili padi (kalau suke pedas)
  5. 18 - 20 cucuk satay daging (yang dah dibakar)
  6. 3 - 4 sudu besar kuah kacang satay (optional.kalau xnak buh pun bley..)
  7. sos cili
  8. prego original
  9. garam gula (secukup rasa)
  10. tomato (kuantiti ikut suka nk banyak or sikit, xmo buh pun xpe..)


CARA - CARANYA :

  1. Rebus mee spaghetti dalam air yang mendidih lebih kurang dalam 30 minit sehingga cukup lembut.  (TIPS : Tambah sedikit minyak masak ke dalam air rebusan mee spaghetti supaya mee tu cantik je sehelai-sehelai even mee spaghetti tu da sejuk, so xdela lekat2.. hehe)
  2. Selepas mee lembut, tapis dan buang air rebusan.
  3. Tanggalkan daging satay dr lidi n make sure xde hirisan lidi tertarik sekali.bahaye, bley tercekik 'selumbar lidi' kang hukhuk =.=*
  4. Hiris halus2 @ potong bentuk dadu @ blender bawang merah/besar + bawang putih + cili padi, dan tumiskan bersama-sama.
  5. Selepas bau wangi naik, masukkan daging satay.
  6. Tambahkan kuah kacang (3-4 sudu besar, jangan terlalu banyak. Kalo x, rasa prego akan mati.)
  7. Gaul sehingga sebati. Jangan terlalu lama dan api jangan terlalu besar.
  8. Tambahkan prego (1/3 tin prego kecik).
  9. Tambahkan sos cili sikit.
  10. Buh garam dan gula secukup rasa. Biarkan didih jap. Sambil tu, hiris tomato ikut saiz yang anda mahu.
  11. Pastu masukkan hirisan tomato. Biarkan jap.
  12. Lastly,masukkan mee spaghetti tadi. Gaul2 sampai sebati semenye.. =)


Hehe..inilah die resepinye.. Idea asalnya datang dr adik aku, NANANG.. Die pandai masak, jgn xtahu..huhu Nampak je ganas, tapi dlm hati ada TAMAN..ngah3.. XD


Asalnye, die nak panaskan satay, (ni kes makanan semalam xabes makan simpan dlm peti ais..aish.. =.=*), tetibe die dapat idea nk tumis satay tu ngn bawang2 n cili.. tibe2 die kuarkan prego.. HAH amek ko!! satay campo prego. hoho xcukup tu, die campak lak nasik himpit satay tu dlm kuali. haha.. ngeri je aku tgk die masak.campak2 je. tapi, rasanye, boleh tahan.. SEDAP SIYUUTTT.. >.<
Arini mak aku plak kempunan nak mkn lagi, sanggup g bando bli bagai yang diperlukan semata2 nk merasa lagi satay campo prego.huhu Tapi kali ni aku pulak yg kene masak..hukhuk aku pon bantai la labu...
campak punye campak, nah!! resepi baru muncul..rasa pun bley tahan OKEH!! d(n_n)b

owrait, sila lah cuba ye.. =)
selamat mencuba..!
  

0 ulasan:

Catat Ulasan